Ini 4 Bakeri Lagend Buat Penggemar Pastri Di Kuching

27 Nov 2023 • 8:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Walaupun Sarawak sukar nak cari gardenia murah, tapi kita ada 4 bakeri legend ini!

Ini 4 Bakeri Lagend Buat Penggemar Pastri Di Kuching. Tiada apa yang boleh mengalahkan rasa pastri yang dibuat segar dengan penuh kasih sayang.

Untuk artikel kali ini, kami telah menyenaraikan 4 bakeri lagend kegemaran penduduk tempatan yang anda boleh kunjungi apabila ke Kuching, Sarawak.

image is not available
Ini 4 Bakeri Lagend Buat Penggemar Pastri Di Kuching

1. Taka Cake House

Taka Cake House bermula pada tahun 1986 dan meletakkan lokasi cawangan pertamanya di Jalan Satok sebagai sebuah kedai kecil sahaja pada masa itu. Kini pula, Taka sudah mempunyai banyak cawangan sekitar Sarawak dan ia juga merupakan salah satu bakeri paling berjaya di sini. Terdapat pelbagai jenis pastri menarik menanti anda di sini!

image is not available

2. Mita CakeHouse

Mita ditubuhkan pada tahun 1987, cawangan pertamanya terletak di Jalan Ban Hock. Menu paling popular di sini adalah buttermilk bun dan butter cheese cake mereka. Selain itu, Mita Cake House juga menawarkan pelbagai lagi pastri yang menarik buat anda.

image is not available

3. All Joy

Buat pengetahuan anda, All Joy merupakan bakeri legend dan nostalgia di Kuching sekitar tahun 80-an sehingga 90-an. Sebut sahaja All Joy, pasti warga Kuching terus boleh terbayang keenakan Milo bun mereka. Selain roti Milo yang popular ini, mereka juga menyediakan pelbagai pastry menarik yang lain.

image is not available

4. Hi Bread

Walaupun Hi Bread merupakan sebuah Kopitiam, tapi Hi Bread ini perlu dimasukkan di dalam senarai ini! Hi Bread menawarkan menu pastri menyelerakan dan mereka juga mempunyai menu sarapan pagi yang lain buat anda.

Ketahui kedai makan legend di Kuching di sini:

https://www.iloveborneo.my/port-makan-kegemaran-ramai-nikmati-nasi-ayam-legend-kuching-di-joo-seng-cafe/

https://www.iloveborneo.my/jadi-pilihan-penduduk-tempatan-anda-perlu-cuba-rojak-kucei-legend-di-batu-lintang-ini/