Ini 5 Lokasi Street Coffee Yang Murah Dan Highly Recommended Di Kuching

6 Feb 2024 • 4:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

5 lokasi street coffee yang murah dan sedap di sekitar kuching

Ini 5 Lokasi Street Coffee Yang Murah Dan Highly Recommended Di Kuching. Buat peminat tegar kopi di sekitar Kuching, apa kata anda cuba 5 rekomendasi street coffee ini.

Sekiranya anda peminat kopi, ini merupakan 5 kedai kopi yang berkonsepkan “street coffee” yang boleh anda dapati di sekitar jalan di kawasan Kuching:

image is not available
Ini 5 Lokasi Street Coffee Yang Murah Dan Highly Recommended Di Kuching

Walaupun hanya di buka di tepi jalan, rasa setiap kopi yang dijual ini setanding dengan kopi-kopi yang dijual di kafe mahupun restoran tau!

1. Kopi Hainan

Sebut sahaja mengenai Kopi Hainan, pasti jenama kopi ini tidak asing lagi bagi penggemar “street coffee”. Kopi Hainan ala-ala Vietnam ini telah membuka banyak cawangan di sekitar Kuching. Antara menu best seller mereka ialah Kopi Hainan Signature Premium yang dilengkapi dengan Choclate Hersheys serta ditambah whipped cream dan caramel dalam satu cawan.

Terkenal dengan tagline “Premium Taste Street Price”, Kopi Hainan menyediakan harga yang berpatutan dengan cita rasa yang premium. Cawangan Kopi Hainan ini boleh didapati di Petra Jaya, Tabuan Jaya dan Jalan Tol.

image is not available
Antara signature menu yang dijual. Kredit Foto: Facebook Kopi Hainan

2. Kopi Kartel

Walaupun kiosk kopi ini kelihatan “premium”, namun harga kopi yang dijual amat berpatutan. Hanya dengan berbekalkan serendah RM 6, anda boleh menikmati secawan kopi dengan rasa “mewah”.

Walaupun hanya beroperasi di tepi jalan, namun Kopi Kartel ini turut menyediakan kopi-kopi cita rasa premium seperti Hazelnut Latte, Butterscotch Latte dan sebagainya. Kiosk kopi ini terletak di Jalan Astana dari jam 9 pagi. 

image is not available
Kredit Foto: Facebook Faezah Jainudin

3. Pakopi1969

Pakopi1969 merupakan sebuah kedai kopi berkonsepkan food truck dan drive-thru yang inovatif dan unik di Kuching. Konsep tersebut sangat memudahkan para pelanggan kerana mereka tidak perlu turun dari kenderaan untuk membeli dan menikmati kopi.

image is not available

Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Antara menu menarik yang disajikan termasuklah 3 lapis kopi, kopi cham, Mocha dan juga kopi ais mesin dengan harga kebanyakannya di bawah RM10. Kedai ini strategik kerana terletak di tepi jalan utama dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang setiap hari.

4. Junkies KCH by Ceritakopi

Terletak di Supermarket LePapa Matang, kiosk kopi yang berkonsepkan food truck ini menawarkan homemade brew coffee. Keunikan pada kedai ini ialah mereka menggunakan biji-biji kopi lokal daripada Sarawak dan juga “breed coffee bean”.

Biji-biji kopi tersebut akan dibrew segar kepada pembeli dan menjadikan kopi mereka unik daripada kedai-kedai street coffee yang lain. Food Truck mereka ini beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari sabtu dan dibuka pada jam 8:30 pagi sehingga 5:30 petang.

image is not available
Kredit Foto: Facebook Afrida Amira

5. Juh Ngopi

Bagi penggemar kopi dan pencuci mulut pula, jangan lupa untuk singgah di Juh Ngopi ini kerana mereka menawarkan pelbagai jenis minuman kopi dan pencuci mulut. Juh Ngopi ini menggunakan kopi kampung yang diolah dengan cara moden untuk memberi kelainan kepada kopi mereka.

Terletak berhampiran Myvillagebarok, kedai ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari isnin dan dibuka pada jam 4 petang sehingga 11 malam. Antara menu unik di kedai ini adalah Kopi Yogurt iaitu gabungan antara kopi Aina dan yogurt yang memberi rasa masam-masam manja dengan rasa pahit manis daripada kopi.

image is not available
Kredit: FB Umiee Aqillah

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/pakopi1969-kedai-kopi-berkonsepkan-food-truck-yang-trendy-di-kuching

https://www.iloveborneo.my/khas-buat-peminat-kopi-anda-wajib-cuba-plus-minus-coffee-di-plaza-merdeka