Ini 5 Port Pizza Di Kuching Yang Anda Patut Cuba

2 Feb 2024 • 3:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

5 idea pizza date buat anda

Ini 5 Port Pizza Di Kuching Yang Anda Patut Cuba. Siapa penggemar pizza di sini? Jangan risau, mari kami senaraikan buat anda beberapa tempat yang menyajikan pizza terbaik di Kuching.

image is not available
5 Port Pizza Di Kuching Yang Anda Patut Cuba

1. Pizza Ria

Warga Kuching pasti mengenalu restoran ini kan? Pizza Ria ini merupakan salah satu port pizza legend di Kuching yang sudah lama beroperasi. Tempat ini menjadi kegemaran ramai kerana menu mereka yang asli serta harga makanan di sini yang amat berpatutan.

Lokasi: Jalan Matang dan Kubah Ria

image is not available
Kredit gambar: Facebook Godfather

2. The Godfather

Jika anda ingin merasa keenakan pizza yang authentik, The Godfather adalah tempat yang sesuai buat anda. Pelbagai menu pizza yang menarik ditawarkan di sini yang anda pasti akan suka.

Lokasi: Swee Joo Park

image is not available
Kredit gambar: @bigcoconut2016 

3. Big Coconut/ Small Coconut

Keenakan pizza di Big Coconut ini memang tiada bandingannya. Bagi yang pernah menikmati pizza di sini, anda pasti akan berasa puas hati serta harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Lokasi: 572, 569, Lorong Taman Hui Sing 3

image is not available
Kredit gambar: @thomastong12121988 

4. Tom’s Pizza / Old Lantern

Di sini, anda boleh mencuba pelbagai jenis pizza yang menarik dengan harga yang berpatutan. Apa yang menarik di sini adalah, jumlah topping pizza mereka tak kedekut, memang banyak!

Lokasi: Tabuan Jaya

image is not available

5. Balkaniko Pizza

Pernahkah anda mencuba ‘handmade’ Pizza autentik Itali di Kuching? Sekiranya belum, datanglah ke Balkanico Pizza yang terletak di Fairland Hidden Bar, Carpenter Street untuk merasai pizza buatan tangan oleh ‘pizzaiolo’ (chef pizza dalam bahasa Itali) iaitu Aleksander yang berasal dari Montenegro, Eropah Tenggara.

image is not available

Lokasi: Jalan Carpenter dan dibuka pada jam 530 petang sehingga 1030 malam.

Lagi di sini port makan menarik di Kuching:

https://www.iloveborneo.my/dominos-pizza-buka-cawangan-pertama-di-kuching-sarawak/

https://www.iloveborneo.my/berkonsepkan-humble-stall-pondok-rossello-pizza-ini-jadi-tarikan-di-kota-samarahan/