Amaran hujan berterusan di Sarawak hingga Isnin

3 Feb 2024 • 1:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak yang dijangka berlaku bermula Ahad hingga Isnin (5 Februari).Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak yang dijangka berlaku bermula Ahad hingga Isnin (5 Februari).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat ialah Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) serta Bintulu.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran sama di Miri dan Limbang yang diramal berlaku hingga esok.

Hujan berterusan tahap waspada juga dijangka berlaku di Sabah membabitkan Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat pada Sabtu. - Bernama