Ini 6 Port Makan Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Saradise Kuching

15 Aug 2022 • 12:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau taknak sesak cari restoran dalam shopping mall di musim perayaan ni, boleh singgah di sini!

Ini 6 Port Makan Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Saradise Kuching. Bagi yang tak tahu lagi nak makan mana, jangan risau kami di sini sentiasa membantu anda untuk mencari tempat makan yang terbaik di Kuching. Kali ini pula kami senaraikan tempat makan menarik yang baru sahaja dibuka di Saradise, Kuching.

image is not available
Ini 6 Port Makan Menarik Yang Anda Boleh Cuba Di Saradise Kuching. Kredit gambar: Paul Carling Rahit

image is not available
Kredit gambar: Stardust Cafe

1. Stardust

Ingin mencari tempat yang menyediakan menu brunch dan juga menu makanan barat di samping menikmati layanan hospitaliti terbaik, Stardust cafe adalah pilihan yang terbaik buat anda.

image is not available
Kredit gambar: @trevi.kch 

image is not available
Kredit gambar: @trevi.kch 

2. Trevi

Brunch bertemakan makanan Eropah, Trevi merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang suka suasana santai. Suasana di cafe ini amatlah cantik dan bagi yang ingin menikmati sesi high tea bersama rakan atau orang yang tersayang, Trevi adalah tempat yang paling sesuai buat anda!

image is not available
Kredit gambar: @zero.oclock.kch

image is not available
Kredit gambar: @zero.oclock.kch

3. Zero O’Clock

Di Zero O’Clock, terdapat pelbagai menu makanan dan minuman yang menarik dan apa yang paling menarik adalah anda boleh menikmati makanan anda sambil melihat pemandangan yang cantik di tempat duduk luar tingkat atas di cafe ini.

image is not available

image is not available
Kredit gambar: @oppasigdang.my 

4. Oppa Sigdang

Bagi yang mencari makanan Korea pula di Saradise ini, jangan risau Oppa Sigdang kan ada. Oppa Sigdang menawarkan makanan korea yang trendy, asli, mesra muslim, mesra vegetarian dan banyak lagi. Tunggu apa lagi, jom lah ke sini, kita ambil aura korea sikit mana tahu terjumpa oppa dari korea betul-betul kan?

image is not available
Kredit gambar: Stephen Wong

image is not available
Kredit gambar: @littlebostonkch

5. Little Boston

Bagi yang mencari minuman dan juga gabungan pencuci mulut yang terbaik, ini adalah tempat yang terbaik buat anda. Bukan sahaja menu pencuci mulutnya nampak cantik, malah rasanya juga memang sedap tau!

image is not available

image is not available

6. Common Ground

Keseluruhan bangunan Common Ground mempunyai empat tingkat, termasuk rooftop. Bagi yang ingin mencuba steamboat ala korea dan juga menikmati makanan korea, anda boleh ke sini kerana semua makanan yang disediakan adalah segar dan dijamin sedap!

Jangan lupa ambil gambar dulu ye!

Lagi di sini: