“Ini Antara Hidup Dan Mati” – Shila Amzah Cari Kawan Baik Waktu Sekolah, Didakwa ‘Penyondol’ Bapa

Entertainment
3 Apr 2023 • 12:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
isteri baru ND Lala

Isteri kepada penyanyi veteran Dato’ ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman membuat pendedahan mengejutkan apabila memuat naik gambar seorang wanita dengan kapsyen ‘penyondol’.

Namun, kapsyen itu telah disunting menyatakan wanita itu adalah isteri kepada suaminya.

Lebih mengejutkan apabila penyanyi terkenal, Shila Amzah memuat naik gambar di Instagram Story menjejaki wanita tersebut.

“Ini antara hidup dan mati” – Shila Amzah

image is not available

image is not available

Tulis penyanyi ini, wanita itu pernah menjadi kawan baiknya sewaktu sekolah menengah di SMK Setapak Indah. Shila memohon sesiapa yang mengenali wanita ini supaya membantunya.

Memetik laporan Berita Harian, Shila Amzah enggan mengulas lanjut mengenai masalah yang dihadapi mereka sekeluarga kini.

Pelantun lagu Patah Seribu ini memerlukan sedikit masa kerana sebagai anak sulung dia perlu menjernihkan keadaan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.