Isteri ND Lala Sahkan Suami Sudah Berkahwin Lain, Didakwa Rakan Sekolah Shila Amzah

Entertainment
3 Apr 2023 • 12:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Khabar angin yang mengatakan penyanyi terkenal di era 80-an, ND Lala sudah berkahwin lain nampaknya benar apabila ia telah disahkan sendiri oleh isteri pertamanya, Fauziah Sarman dalam satu perkongsian di media sosial.

Fauziah yang sebelum ini memuat naik gambar seorang wanita di Instagram dengan kapsyen ‘penyondol’ telah menukar kapsyen berkenaan dan memperkenalkan wanita itu sebagai isteri suaminya, ND Lala.

Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani,” tulisnya.

Madu rupanya kawan sekolah Shila Amzah?

Menurut Harian Metro, Siti Munirah bukanlah seseorang yang asing dengan keluarga berkenaan kerana dia didakwa merupakan kawan sekolah penyanyi, Shila Amzah yang juga anak kepada Fauziah dan ND Lala.

Mereka juga pernah sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah juga sering berkunjung ke rumah Shila untuk majlis-majlis berkaitan keluarga.

Sebelum ini juga, Shila pernah memuat naik IG story mencari Siti Munirah dan mengatakan ia berkaitan ‘hidup dan mati’.

image is not available

Alahai makin hari makin banyak kes kahwin lain kan, apapun kita doakan yang terbaiklah buat keluarga Shila.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.