Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang MYAirline, Pencabar Tambang Murah AirAsia

30 Aug 2022 • 5:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lebih banyak pilihan penerbangan di Malaysia

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang MYAirline, Pencabar Tambang Murah AirAsia. Pasti ramai yang sudah mengetahui tentang kehadiran pencabar baharu syarikat penerbangan di Malaysia iaitu MYAirline. Sehingga kini, syarikat ini masih merahsiakan tarikh pelancaran dan penerbangan pertama pesawatnya di Malaysia.

Namun, sebagai bakal pelanggan yang teruja nak naik pesawat terbaru ini, mestilah korang nak tahu serba sedikit tentang syarikat MYAirline ini kan? Dalam artikel kali ini, kami telah kumpulkan maklumat berkaitan MYAirline ini untuk bacaan anda.

image is not available
Kredit foto: IG @theplanespapanazzi

Penubuhan MYAirline

Sebagai pengenalan, syarikat penerbangan MYAirline merupakan salah satu daripada dua syarikat penerbangan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada hujung bulan 2021. Syarikat tersebut yang didaftarkan dengan nama Z9 Elite Sdn Bhd telah mendapat lesen perkhidmatan udara (ASL) selama setahun bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2022. Lesen tersebut boleh diperbaharui dengan menghantar permohonan bertulis kepada MAVCOM, 90 hari sebelum tamat tempoh.

Dengan pemilikan saham berjumlah RM 2 juta, syarikat ini dimiliki majoritinya oleh Zillion Wealth Bhd (88%), Trillion Cove Holdings Bhd (10%), dan Rayner Teo Kheng Hock (2%). Pengarah syarikatnya pula terdiri daripada Rayner Teo Kheng Hock, Abdul Hamid Mohd Ali (COO Malaysia Airport Holdings Company), Azharuddin Abdul Rahman (bekas Pengarah Urusan dan Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia – CAAM).

image is not available
Rayner Teo Kheng Hock, pengarah syarikat MYAirline. Sumber: FB MYAirline

Mahu cabar dominasi AirAsia di Malaysia sebagai penerbangan tambang murah ultra

Seperti yang dilaporkan oleh The Edge, MYAirline ini bermatlamat untuk menjadi pesaing terdekat AirAsia berdasarkan kategorinya iaitu penerbangan tambang murah ultra dan mencabar dominasi AirAsia terutamanya dari segi harga penerbangan dan perkhidmatan yang disediakan.

Untuk makluman, pelanggan kelak akan dapat menaiki pesawat jenis Airbus A320-200 untuk operasi tambang rendah ultra MYAirline ini.

image is not available
Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang MYAirline, Pencabar Tambang Murah AirAsia. Sumber: FB MYAirline

image is not available
Sumber: FB MYAirline

image is not available
Sumber: FB MYAirline

image is not available
Sumber: FB MYAirline

image is not available
Sumber: FB MYAirline

Daftar di laman web mereka untuk jadi individu pertama mengetahui tarikh, destinasi dan tempahan tiket

Jika anda ingin menjadi individu pertama yang mengetahui tarikh penerbangan pertama, destinasi penerbangan mereka dan menempah tiket penerbangan, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan nama dan emel anda di laman web mereka.

image is not available

Sehingga kini, syarikat ini masih membuka banyak kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah seperti juruterbang, eksekutif pemasaran, pereka grafik, pengurus komunikasi luar dan banyak lagi.

image is not available

image is not available
Sumber: FB MYAirline

image is not available
Sumber: FB MYAirline

Pasukan admin yang responsif

Tinjauan kami di ruangan komen di Facebook MYAirline juga menunjukkan bahawa anda boleh mengemukakan cadangan destinasi penerbangan pesawat tambang murah ultra ini. Kebanyakan respon ini diambil perhatian oleh MYAirline dan akan dicadangkan kepada pasukan route planning. Nice!

image is not available
Sumber: FB MYAirline

image is not available
Sumber: FB MYAirline

image is not available
Sumber: FB MYAirline

Bakal menggunakan kod penerbangan Z9

Penerbangan menggunakan pesawat MYAirline ini akan menggunakan kod penerbangan Z9. Menerusi media sosial mereka, syarikat ini baru sahaja berjaya menjalani ujian simulasi sebenar penerbangan dengan cemerlang. Destinasi yang dipilih untuk simulasi penerbangan ini adalah ke Kota Kinabalu, Sabah. Pilihan yang tepat!

@flymyairline

We passed our proving flight simulation with flying colours! So excited we are one step closer in launching MYAirline. Can’t wait to have you on board with us! #myairline #z9 #aviation #fyp

♬ Fight Song – Rachel Platten

image is not available
Sumber: FB MYAirline

Sementara itu, kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak juga sudah mula memaparkan logo MYAirline. Mungkinkah ini tandanya bahawa MYAirline juga bakal memulakan penerbangannya di Kuching, Sarawak? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Malaysia Airline kini juga sudah menyediakan penerbangan terus antara Kuching dan Johor Bahru. Baca selanjutnya di sini: