Lelaki Dinobatkan Pemenang Pertandingan Pelik Ini Lepas 60 Jam Baring Tanpa Bergerak

Health & Fitness
27 Aug 2022 • 10:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika sebelum ini, kami pernah kongsikan dengan anda semua tentang sebuah pertandingan yang sangat mudah dimenangi di Korea Selatan kerana peserta tak perlu buat apa-apa untuk jadi juara, pertandingan dengan konsep yang hampir sama turut diadakan di Brezna, Montenegro.

Memetik laporan Oddity Central, Lying Down Championship atau pertandingan baring ini memerlukan peserta-pesertanya untuk baring selama mungkin yang boleh.

image is not available

Difahamkan, kesemua peserta dibenarkan untuk bawa buku atau telefon pintar masing-masing untuk digunakan ketika baring namun mereka tidak dibenarkan untuk bangun.

Walaupun bunyi macam senang je kan, namun sebenarnya baring selama beberapa jam tanpa bergerak boleh menyebabkan kita sakit urat dan anggota badan kita rasa kebas.

Nak bangun untuk menggeliat pun tak boleh tau.

Namun, pertandingan ini telah dimenangi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Žarko Pejanović yang telah berjaya baring tanpa bangun selama 60 jam!

Pertandingan itu telah diadakan di sebuah taman di kawasan itu dan Zarko telah bertanding dengan sembilan lagi peserta.

Difahamkan juga, pertandingan ini dikatakan telah diasaskan oleh Radoje Blagojevic yang sengaja mahu menyindir stereotype yang mengatakan orang Montenegro adalah pemalas.

Mesti korang tertanya-tanya kan, macam mana kalau peserta-peserta ini nak buang air besar ketika baring jika mereka tidak dibenarkan untuk bangun.

image is not available

Ha, rupa-rupanya beberapa tahun sebelum ini, ada peraturan baru telah dilaksanakan di mana peserta boleh ke tandas setiap lapan jam.

Korang rasa korang boleh menang ke pertandingan ini kalau ia dianjurkan di Malaysia? Min rasa macam impossible je min boleh menang sebab min takut sakit belakang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.