Ini Bagaimana 4 Kanak-kanak Mampu Survive Selepas Pesawat Terhempas Di Hutan Amazon

Family & Parenting
11 Jun 2023 • 2:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kami ada melaporkan tentang empat orang kanak-kanak yang akhirnya ditemui selamat lepas 40 hari susulan pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di hutan Amazon.

Mesti ramai yang tertanya-tanya atau nak tahu bagaimana empat orang kanak-kanak itu mampu survive selama 40 hari dalam hutan tebal di Colombia itu.

Menurut ABC News, empat orang kanak-kanak itu terdiri daripada Lesly (si kakak sulung yang berusia 13 tahun), Soleiny (sembilan tahun), Tien (empat tahun) dan Cristin (11 bulan).

image is not available

Dua daripada kanak-kanak itu masih kecil dan ketiga-tiga mereka berada di bawah jangaan Lesly sepanjang tempoh mereka hilang dalam hutan berkenaan.

Difahamkan, apabila pesawat itu terhempas, kanak-kanak terbabit membawa keluar fariña (sejenis tepun ubi kayu) dari pesawat dan mereka makan tepung tersebut untuk terus hidup.

Apabila fariña itu mula habis dimakan oleh mereka, mereka mula makan biji benih dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan hutan.

image is not available

Difahamkan, nasib kesemua kanak-kanak itu baik kerana pada ketika tempoh mereka hilang, buah-buahan di dalam hutan Amazon itu berada dalam musimnya.

Lagi mengagumkan, mereka tahu buah mana yang boleh dimakan dan mana yang tidak selamat untuk dimakan.

Menurut nenek empat orang kanak-kanak itu, Lesly si kakak memang sudah biasa menjaga adik-adiknya ketika ibunya keluar bekerja.

Jadi, skill tersebut membantu mereka empat beradik untuk terus bertahan dalam hutan.

Pihak yang terbabit dalam operasi menyelamat itu juga memuji kebijaksanaan dan keberanian si kakak sulung yang berjaya bertahan dalam hutan bersama adik-adiknya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.