“Ini Baru Betul, Ambil Yang Teraniaya..” – Wawa Zainal Pilih Misya Mazlan Sebagai Duta Tudung, Raih Pujian Daripada Netizen

26 Feb 2024 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, aktres dan usahawan terkenal, Wawa Zainal telah tampil mendedahkan wajah baru bagi koleksi tudung terbarunya iaitu Misya Mazlan, individu yang sering menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini.

Seorang yang lemah lembut

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh pengasas Wawa Scarves ini, dirinya menyifatkan peribadi madu kepada Marissa Dania ini sebagai seorang yang manis dan lemah-lembut orangnya.

Tambahan pula, difahamkan Misya telah ditawarkan menjadi duta untuk jenama tersebut selama tiga bulan menurut kontraknya.

Alahai so sweet dia ni. Cantik dan lemah lembut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Reaksi netizen

Pada masa yang sama, menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata menyokong tindakan Wawa yang mengambil Misya sebagai duta Wawa Scarves itu. Menurut mereka, hal tersebut secara tidak langsung menyokong mereka yang tersakiti atau teraniaya.

Ini baru betul, ambil yang teraniaya bukan ambil yang menganiaya.

 

Model yang tepat.

 

Ini baru founder yang bagus, naikkan wanita-wanita yang tersakiti.

image is not available

Sumber : Instagram  

Sebelum ini, sempat tular di media sosial apabila diketahui anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania telah pun bernikah dengan suami kepada Misya dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan keluarga.

image is not available 6 hours ago

(VIDEO) Isteri Pertama Suruh Tanya Tuan Badan, Pihak Media 'Serbu' Suami Marissa Dania Minta Jawab Isu Kahwin Di Thailand