“Ini baru betul meraikan” – Datang Ke Setiap Meja Santuni Anak-anak Yatim, Netize Puji Tok Ti

Entertainment
27 Mar 2024 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan sahaja kelunakan suara yang sentiasa memukau peminat, malah peribadi penyanyi tersohor negara ini yang sentiasa merendah diri turut disegani ramai.

Semalam, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tok Ti mengadakan majlis Iftar Nurjiwa Prihatin yang meraikan lebih 500 tetamu termasuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan penggiat seni veteran.

Menerusi perkongsian sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan Siti Nurhaliza sedang menyantuni tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Penyanyi berusia 45 tahun itu dilihat berjalan dari satu meja ke satu meja mendekati setiap anak yatim yang hadir sebelum menghulurkan duit raya sambil mengusap kepala mereka.

Dapat dilihat kesemua anak-anak yatim yang berada di situ begitu gembira apabila menerima pemberian daripada ibu kepada dua orang anak ini.

“Dia sendiri yang turun bagi duit raya kat adik-adik ni sambil usap kepala tanpa perlu adik-adik naik ke pentas dan beratur seorang-seorang ikut turn seperti yang biasanya dilakukan oleh VIP,” tulis pengguna X.

Ini baru betul meraikan

Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-rata netizen memuji peribadi Siti Nurhaliza yang tidak kekok menyantuni bukan sahaja kepada anak-anak yatim, malah juga kepada orang yang lebih tua di situ.

Netizen juga memuji tindakan Siti Nurhaliza yang mengusap kepala anak-anak yatim kerana ia juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW seperti dalam satu hadis ini.

Hadis sahih Bukhari, Abu Hurairah r.a meriwayatkan sabda Rasulullah SAW — “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.

Malah, netizen juga menyatakan inilah cara yang sebetulnya untuk meraikan golongan penerima sumbangan.

image is not available image is not available

Sebab itulah beliau digelar penyanyi kesayangan Malaysia!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article