“Ini baru betul reward” – Beri Banglo Bernilai Hampir RM1 Juta, Netizen Puji ‘Bos’ Syarikat Ini

Entertainment
2 Jan 2025 • 1:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang mesti pernah dengar kata-kata, ‘dikurniakan majikan yang baik adalah salah satu rezeki’.

Benar, bukan semua orang mendapat peluang ada seorang majikan yang benar-benar menghargai jasa para pekerjanya.

Seperti pengguna TikTok ini, dia antara pekerja yang menerima penghargaan dan ganjaran mewah daripada syarikatnya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik, sebuah syarikat tempatan telah menghadiahkan pelbagai hadiah lumayan buat pekerjanya di dalam satu majlis makan malam.

Dalam video itu, dapat dilihat antara hadiah yang diberikan ialah beberapa buah rumah double storey, sebuah banglo bernilai hampir mencecah jutaan ringgit, kereta Myvi serta tajaan umrah dan haji kepada para pekerjanya.

Difahamkan, pemberian hadiah ini tidak termasuk bonus tahunan bagi setiap pekerjanya. Menurut pemilik video, majikan syarikat ini merupakan seorang usahawan terkenal dan juga ibu kepada usahawan sensasi Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita.

Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya…”, ujarnya.

@kaktiii01

Dinner paling HAVOC sepanjang 4 tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya… tapi ni belum masuk BONUS #JRMxRHStarNight #bondarozitaibrahim

♬ suara asli – dr. Valdo – dr. Valdo

“Ini baru betul reward”

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video ini memuji Bonda Rozita kerana menjadi seorang majikan yang sangat menghargai jasa para pekerjanya.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang berasa cemburu kerana sudah bertahun-tahun bekerja tidak pernah merasai penghargaan majikan seperti ini.

Alhamdulillah, rezeki buat pekerja Bonda Rozita…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.