“Ini Baru Betul Sambut Ramadan & Syawal” – Dekorasi Raya IOI City Mall Buat Ramai Teruja [Video]

LocalHome & Living
24 Feb 2025 • 2:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pejam celik, hanya berbaki seminggu sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Sudah pastinya ramai yang akan teruja untuk menjalani ibadah puasa selain menikmati hidangan unik yang hanya akan wujud ketika bulan mulia ini.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir individu yang tidak sabar menyambut bulan Ramadan kerana kehadiran Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

Pusat Beli Belah Dah Mula Dekorasi Raya

Bagi menghangatkan lagi suasana Ramadan Raya, ada sesetengah pusat beli belah dilihat telah membuat dekorasi sebelum bermulanya puasa.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @shagrasyiid, lelaki berkenaan berkongsikan suasana di pusat beli belah terbesar di Malaysia iaitu IOI City Mall, Putrajaya.

Apa yang menjadi perhatian adalah shopping mall berkenaan telah dihiasi dengan dekorasi sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menariknya, hiasan yang bertemakan warna emas dan putih itu dilihat penuh elegan namun masih mengekalkan ciri islamik dengan hiasan lampu yang menarik, rekaan berbentuk kubah masjid dan replika haiwan seperti unta.

Jelas melalui perkongsian itu, pengunjung boleh merakam gambar gambar kenang-kenangan bersama dekorasi raya berkenaan.

Turut Terdapat Gerai, Mudahkan Pengunjung Cari Keperluan Raya

Tidak hanya itu, terdapat gerai jualan di sekeliling dekorasi berkenaan bagi memudahkan orang ramai untuk mencari dan membeli keperluan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Difahamkan, dekorasi hiasan tersebut terletak di sayap (wing) baharu bangunan pusat beli-belah berkenaan.

“Tak puasa lagi IOI City Mall dah siap deco (dekorasi) raya,” tulis pengguna berkenaan.

Sebagai info, sekitar September tahun lalu, IOI City Mall, Putrajaya mula menyediakan kemudahan solat Jumaat buat para pengunjungnya dengan kerjasama JAIS.

Ramai Teruja & Tak Sabar Nak Raya Lepas Lihat Dekorasi Raya

Video yang telah mendapat lebih 590,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja dan kagum dengan dekorasi tersebut.

Malah, ada yang memuji pihak pengurusan IOI City Mall dalam menghasilkan dekorasi yang cantik dan unik yang dilihat mampu membangkitkan semangat untuk menyambut puasa dan raya.

Tidak hanya itu, ada juga yang ternanti-nantikan dekorasi daripada pusat beli belah lain sebaik melihat hiasan tersebut.

Pun begitu, ada segelintir pengguna mendakwa terdapat beberapa pusat beli belah lain juga sudah mula membuat hiasan raya untuk pengunjung.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“IOI City Mall Putrajaya Ni Bagus. Surau Dia Besar, Selesa, Cantik, Siap Boleh Solat Jumaat Lagi”

image is not available

“IOI City Mall Deco Raya Tak Pernah Mengecewakan”

image is not available

“Cantik! Korang Pergi Tengok Quill City Mall KL, Menarik Juga”

image is not available

“Cantiknya! Semoga Ramadan Tahun Ini Memberi Keberkatan & Kebaikan Kepada Kita Semua”

image is not available

“Suasana Macam Ini Mendatangkan Semangat Orang Ramai Nak Shopping Raya”

image is not available

Source: