Ini Baru Suami Contoh, Lelaki Penganggur Hidup Bahagia Dengan 4 Isteri!

9 Jan 2024 • 11:15 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Menjadi lelaki itu susah, besar tanggungjawabnya. Sebagai khalifah di muka bumi ini lelaki mempunyai akal dan daya tahan yang kuat. Nampaknya kenyataan ini sudah tidak boleh diguna pakai pada zaman moden ini. Seorang lelaki dari Sapporo, Japan membuktikannya dengan hidup menganggur dan mempunyai 4 orang isteri.

image is not available

Ryuuta Watanabe, 35, menjadi berita sensasi di negara itu gara-gara gaya hidupnya yang dikatakan 'tidak konvensional'.

Watanabe dilaporkan tinggal serumah bersama tiga daripada empat orang isterinya, yang dikatakan boleh bergaul antara satu sama lain.

Selain itu, dia juga bergantung sepenuhnya kepada isteri-isterinya untuk keperluan kewangan kerana dirinya sudah menganggur selama 10 tahun.

image is not available

Kisah hidup berpoligami itu disiarkan dalam siaran berita AbemaTV Jepun iaitu Abema Prime dan ia telah menimbulkan perbualan hangat dalam kalangan masyarakat di sana.

Ini kerana, berpoligami merupakan sesuatu yang dilarang secara rasmi di negara itu. Jadi, untuk memintas undang-undang itu, keempat-empat isterinya mempunyai common-law relationship bersamanya.

Tetapi, mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka itu dan mahu menceraikan Watanabe, seorang demi seorang bagi mendapatkan nama keluarga 'Watanabe' itu. Nama keluarga itu akan diturunkan kepada anak-anak mereka.

image is not available

Penganggur berumur 35 tahun itu tinggal bersama tiga orang isterinya dan mereka semua menduduki sebuah bilik tidur bersama anak masing-masing.

Isteri pertama Watanabe berumur 27 tahun, manakala isteri kedua dan ketiganya masing-masing berumur 24 tahun dan 22 tahun.

Bersama isterinya yang pertama, dia mempunyai dua orang anak yang masing-masing berumur dua dan satu tahun. Manakala bersama isteri kedua pula, dia mempunyai seorang anak berusia lima bulan.

Watanabe tidak menjelaskan mengapa isterinya yang keempat tidak tinggal bersamanya. Tetapi, pasangannya yang lain mengesahkan bahawa terdapat lagi seorang isteri.