“Ini Bukan Awie, Ini Husin” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Datuk Awie Menari Bersama Anak Perempuannya

4 Feb 2025 • 12:23 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gelagat penyanyi Datuk Awie menari bersama dua anak perempuannya telah mencuri perhatian ramai di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan di platform tersebut, anak Datuk Awie, Aleeya Natasha, merakamkan aksi ayahnya yang merupakan penyanyi rock terkenal di Malaysia sedang menari dengan ekspresi wajah yang kelihatan terpaksa.

“Daddy, walaupun muka stress, badan tetap bergerak,” tulisnya dalam kapsyen.


Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi penyanyi yang popular dengan lagu Tragedi Oktober itu.


Dalam masa yang sama, ada juga segelintir netizen yang secara berseloroh menawarkan diri untuk menjadi menantu kepada Datuk Awie.

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

image is not available