Ini bukan laporan berita Sinar Harian

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 2:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar tajuk artikel yang diubah menyebabkan ramai pembaca keliru.

SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan memuat naik tangkap layar artikel bertajuk 'Terengganu umum bantuan banjir RM3,000 setiap keluarga’ seperti tular di media sosial pada Selasa.

Tajuk berita berkenaan telah diubah daripada berita dengan tajuk asal ‘Sayu hati lihat anak pelajar terpaksa berpindah-randah’- MB Terengganu.

Pengeluaran gambar tangkap layar mengenai artikel itu menyebabkan ramai pembaca keliru.

Sebarang laporan rasmi dari Sinar Harian hanya boleh didapati di platform rasmi Sinar Harian iaitu https://www.sinarharian.com.my.

Selain itu, berita juga boleh didapati di media sosial seperti Facebook dan Twitter Sinar Harian.