“Ini bukan main-main” – 5 Unit Kondo Di Kepong Disyaki Dit*mbak Dengan Pel*ru Besi

Entertainment
2 May 2025 • 3:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ya, ini memang bukan main-main kerana ia mengancam nyawa penduduk setempat!

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng baru-baru ini telah memuat naik hantaran di Facebook meluahkan rasa bimbangnya apabila lima unit kondominum di Kepong telah disyaki ditembak dengan peluru besi.

Menurutnya, situasi yang membimbangkan itu berlaku di Blok B, Kondominium First Residence, Kepong Baru yang dipercayai ditembak dengan peluru besi sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi, termasuklah sebuah unit setinggi 45 meter di tingkat 16.

Situasi yang berlaku ini menimbulkan kerisauan penduduk dan beliau juga mendakwa pelaku menggunakan senjata berbahaya dan berkuasa tinggi kerana mampu menembak dari jarak jauh.

image is not available

Menurut pengurus kondo, Encik Leong, semua unit yang terjejas menghadap Jalan Api-Api dan disyaki ditembak dari arah yang sama.

“Peluru besi ditemui di balkoni, atas bumbung dan kawasan bawah, manakala kaca yang pecah melibatkan bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Kos gantian dianggarkan RM1,000 setiap unit,” katanya.

image is not available

image is not available

Lim yang turun padang bersama pembantunya, Dic Lai menegaskan bahawa kejadian ini sangat serius kerana peluru besi itu mampu melepasi 45 meter, iaitu lebih jauh daripada jarak tembakan pistol polis, dakwanya.

Beliau juga pada masa yang sama mendesak agar pihak polis bertindak tegas dan menggunakan undang-undang yang paling berat buat pelaku.

Kalau kena mata boleh buta, kena badan boleh maut. Ini bukan main-main,” katanya yang bimbang sebelum lebih ramai menjadi mangsa.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.