“Ini bukan penamat” – Tak Kecil Hati, Ustaz Don Sendiri Minta Henti Kolaborasi Dengan Program Dakwah

Entertainment
24 Jul 2024 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, nama Ustaz Don menjadi bualan ramai susulan kenyataannya di sebuah rancangan dakwah yang menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, berkata dia bagaimanapun menerima kritikan serta tidak berkecil hati, dia juga berkata pengguna media sosial tidak mengetahui intipati sebenar tentang kemelut yang menimpanya sejak bulan lalu

image is not available

Dia juga berharap agar masyarakat boleh membuat pertimbangan sewajarnya dengan menyelidik maklumat sebelum memberi tafsiran tanpa usul periksa.

Dalam laporan Kosmo!, Ustaz Don juga memberitahu berkenaan program yang menghentikan kolaborasi dengannya itu juga merupakan keputusan yang diambil oleh dirinya sendiri demi menjaga kepentingan semua pihak.

“Semua yang bekerjasama dengan saya adalah orang yang berakhlak. Salah satu ciri akhlak yang baik ialah mentaati pemimpin. Jadi, apabila mereka mendapat arahan, mereka hanya ikut.

Malah sebenarnya, saya sendiri yang menasihati mereka untuk menghentikan kolaborasi. Tidak mengapa, ini semua bukan penamat,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas itu juga menganggap semua yang terjadi sebagai ujian dan bersyukur kerana masih mendapat sokongan keluarga dan rakan terdekat.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.