Ini Cara Paling Mudah Nak Dapat 10k Steps Tanpa Sedar, Boleh “Flex” Kat IG Story

Health & FitnessLifestyle
14 Oct 2025 • 7:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ini Cara Paling Mudah Nak Dapat 10k Steps Tanpa Sedar, Boleh “Flex” Kat IG Story

Malaysia terkenal dengan ratusan pusat beli-belah dan pusat beli-belah memang tidak boleh dipisahkan dengan rakyat negara ini.

Pada masa yang sama, kita pula memang suka keluar berjalan-jalan secara santai. Namun begitu, Malaysia ini cuacanya memang panas untuk kita berada di luar sepanjang hari, kan?

Di sini, barulah kita sedar betapa pentingnya Malaysia kena ada banyak pusat beli-belah. Sebagai tempat tumpuan orang ramai, pusat beli-belah menyediakan persekitaran yang terkawal.

Ada penyaman udara yang menyejukkan suasana dan berbumbung untuk melindungi pengunjung daripada terik mentari.

Jadi, tiada masalah untuk kita menghabiskan masa sepanjang hari berjalan-jalan, menghabiskan masa atau bersosial tanpa perlu risau dengan cuaca di luar.

Tetapi apabila direnung kembali, mustahil orang ramai sanggup berpusu-pusu di pusat beli-belah semata-mata kerana sejuk je.

Mesti ada sebab lain yang mereka kejar sehingga sanggup berjalan beribu-ribu langkah sehari dalam sebuah bangunan yang sama, kan?

image is not available
Gambar: BERNAMA

Sebenarnya, mereka ini sedang mengamalkan tip gaya hidup sihat yang paling mudah untuk kita semua lakukan.

Mungkin ramai yang tidak perasan, berjalan di dalam pusat beli-belah adalah cara yang paling senang untuk mendapatkan 10,000 langkah sehari, tanpa perlu menyiksa diri.

Ibarat serampang dua mata dan sambil menyelam minum air. Walaupun tujuan sebenar berada di pusat beli-belah mungkin untuk berbelanja membeli barang keperluan, sekurang-kurangnya fizikal anda bergerak dengan kaki perlu melangkah dari satu kedai ke satu kedai yang lain.

Pakai cantik-cantik bukan semata-mata untuk keluar bersiar-siar, tetapi boleh juga jadi senaman sihatkan badan. Sambil window shopping sambil bakar kalori.

Menariknya, berjalan 10,000 langkah ini sebenarnya bersamaan dengan jarak kira-kira 6.5 kilometer. Jarak tersebut cukup untuk anda membakar kira-kira 380 kalori dalam badan tau.

Faedah berjalan 10,000 langkah sehari pun banyak. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), amalan ini dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan juga mengelak kemurungan.

image is not available
Gambar: KKM

Sebahagian daripada inisiatif Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) merupakan inisiatif di bawah Agenda Nasional
Malaysia Sihat (ANMS) oleh KKM.

Ia bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation.

BMSS diaspirasi untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di antara rakan strategik terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, NGO, MyCHAMPION, media dan komuniti.
Semua pihak berganding bahu dalam merancang dan melaksana aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan meluas demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Untuk sambutan pada tahun ini, KKM turut memberi tumpuan kepada inisiatif Health Promoting Mall, yang menggalakan pelaksanaan program promosi kesihatan di pusat beli-belah.

Antara elemen dalam Health Promoting Mall adalah merangkum Promosii Pembudayaan Hidup Sihat, Penyediaan Persekitaran Yang Menyokong dan Penganjuran Aktiviti Komuniti untuk pengunjung.

image is not available

Sebagai contoh, berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah dalam pusat beli-belah adalah adalah aktiviti mall walking yang berada di bawah Aktiviti Komuniti yang boleh disertai pengunjung.

Antara konsep yang diketengahkan dalam aktiviti mall walking adalah berjalan melalui laluan 10,000 langkah yang ditetapkan secara berkumpulan dengan keluarga sehingga menuju kawasan penamat.

Selain itu, aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan pusat beli-belah adalah seperti:

  • Treasure Hunt
  • Aktiviti senaman libatkan pengunjung seperti mall aerobic.
  • Walking Showcase & active clinic seperti pemeriksaan kaki, kempen teknik berjalan/berlari yang betul dan pemilihan kasut yang sesuai.
  • Ruang khas untuk aktiviti mobile seperi pemeriksaan mata dan mulut, ujian kecergasan dan komposisi badan serta saringan kesihatan.
  • Permainan interaktif.

Manakala di bawah Promosi Pembudayaan Hidup Sihat pula, antara inisiatif yang dilaksanakan bersama pusat beli-belah pula adalah seperti:

  • Promosi gaya hidup sihat menerusi laman web, aplikasi beli-belah atas talian atau platform media sosial rasmi pusat beli-belah.
  • Memaparkan mesej kesihatan di troli membeli-belah dan lift wrapping.
  • Menampal pelekat dengan mesej kesihatan pada lantai.
  • Iklan khidmat masyarakat.

Menerusi pakej Persekitaran Yang Menyokong, pusat beli-belah boleh memainkan peranan seperti:

  • Menempatkan produk sihat & healthy choice di pintu masuk pusat beli-belah, sekaligus menggalakkan pengunjung membeli produk-produk berkenaan.
  • Menawarkan diskaun untuk peralatan, makanan dan perkhidmatan sihat.
  • Baucar untuk pengunjung yang melengkapkan aktiviti berjalan 10,000 langkah.

Sebagai rakyat Malaysia, apa salahnya kita menyokong kempen yang dianjurkan oleh KKM ini kerana pada akhirnya, badan yang sihat tanpa penyakit adalah baik untuk diri sendiri juga.

Kunjungi pusat beli-belah yang menganjurkan kempen BMSS dan sertai aktiviti-aktiviti Health Promoting Mall yang dijalankan dari masa ke masa.

  • Melawati Mall: 18-19 Oktober
  • Sunway Putra Mall & Aeon Mall Nilai: 25-26 Oktober

Berjalanlah sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari dan pusat beli-belah adalah tempat paling sesuai untuk anda mencapai angka berkenaan.

Untuk maklumat lanjut tentang BMSS dan Health Promoting Mall, boleh layari laman web, Facebook, Instagram, X dan TikTok KKM.