Ini Dakwaan Yang Akan Dikenakan JHEAT Ke Atas Pelayan Air Buah Berusia 30-an

8 Jul 2022 • 1:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bagi yang tertanya-tanya tentang perkembangan terkini pelayan tayang aset di Terengganu, pihak JHEAT sedang melengkapkan kertas siasatan.

image is not available

M Rozi Bidin, Pesuruhjaya JHEAT memaklumkan telah mengambil keterangan wanita berusia 30-an itu. Sebelum ini pelayan terbabit telah ditahan dan dibebaskan dengan bon jaminan.

Kita boleh panggil dia pada bila-bila masa dan kita juga sedang berusaha mendapatkan saksi-saksi yang tahu isu atau terbabit dalam kes ini.

Bertanya tentang dakwaan yang akan dikenakan, ini jawapan JHEAT

Kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Pendakwaan selepas ini akan ditentutkan mengikut Seksyen sama ada berpakaian tak senonoh atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral.

image is not available

Diharapkan hukuman yang dikenakan nanti dapat memberi pengajaran terhadap wanita terbabit dan juga kepada kita semua. Kita mahukan masyarakat kita hidup sihat tanpa sebarang kecacatan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media