Ini Dia 6 Pengeluar Kereta China Terajui Jualan Kereta : BYD, SAIC, Geely, Changan Auto, Chery, GWM

WorldCars
8 Jul 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, BYD kini menerajui jualan kereta paling tinggi apabila ia sudah menjual 2,146,000 unit pada separuh pertama 2025 sekali gus mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 33.04%.

Angka ini dilihat meningkat dengan ketara kerana hanya 1,613,000 unit terjual pada tempoh yang sama tahun lalu.

image is not available

BYD juga disokong oleh jualan kukuh pada bulan lepas (Jun), terutamanya dari barisan kenderaan NEV. BYD mencatat jualan sebanyak 382,600 unit NEV sepanjang bulan Jun iaitu meningkat daripada 341,700 unit pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

image is not availableimage is not available

Statistik ini didedahkan oleh laman berita CarNewsChina. Laporan itu turut mendedahkan enam pembuat kereta China yang telah menjual hampir 9 juta unit sepanjang separuh pertama tahun ini (2025).

Berdasarkan carta itu, BYD menerajui sebagai syarikat yang paling tinggi menjual kereta pada suku pertama tahun ini.

Di tempat kedua ialah Kumpulan SAIC iaitu syarikat induk kepada jenama seperti MG Motor. Syarikat ini turut mencatatkan jualan sebanyak 2,053,000 unit dan merekodkan pertumbuhan YoY sebanyak 12.4%.

image is not availableimage is not available

Apa yang menarik, Kumpulan SAIC menunjukkan trend peningkatan jualan yang konsisten sepanjang tahun 2024, dengan jumlah jualan pada Jun 2025 sebanyak 365,000 unit. Ini bukan sahaja menunjukkan pertumbuhan YoY sebanyak 21.6%, malah menandakan bulan keenam berturut-turut syarikat mencatat pertumbuhan YoY.

image is not availableimage is not available

Di tempat ketiga ialah Geely Auto, yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak 1,409,000 unit pada suku pertama 2025. Usaha ini menjadikan Geely sebagai syarikat yang mencatat kadar pertumbuhan YoY tertinggi dalam kalangan enam pengeluar kereta terkemuka China (Changan Auto – ke-4, Kumpulan Chery – ke-5 dan Great Wall Motor – ke-6) iaitu sebanyak 47%.