Proton: Jualan Jun 2025 Menurun, Namun Kekal Kuasai Pasaran Separuh Pertama!

LocalCars
8 Jul 2025 • 8:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton mencatatkan angka jualan sebanyak 11,361 unit sepanjang bulan Jun 2025

Pengeluar kereta nasional, Proton, mengumumkan angka jualan bagi bulan Jun 2025 dengan jumlah keseluruhan 11,361 unit. Angka ini menunjukkan penurunan berbanding 13,328 unit yang dicatatkan pada bulan Mei.

Walaupun jualan bulan Jun menurun, Proton berjaya menutup separuh pertama tahun 2025 dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak 72,156 unit. Ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan kecil berbanding tempoh sama tahun lalu, malah meletakkan Proton di tempat kedua tertinggi dalam industri automotif negara.

Proton turut melaporkan peningkatan pegangan pasaran sebanyak 1.1% berbanding bulan sebelumnya, menjadikan pegangan terkini kepada 20.7%. Ini berlaku walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) dianggarkan jatuh 21% kepada 53,500 unit berbanding 68,007 unit pada Mei.

Eksport Meningkat, Didorong Model e.MAS 7

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Eksport Proton bagi Jun 2025 melonjak sebanyak 56.8% kepada 414 unit. Jumlah eksport terkumpul setakat tahun ini pula ialah 2,250 unit, meningkat 39.9% berbanding tempoh sama tahun lalu. Lonjakan eksport ini banyak disumbangkan oleh model SUV elektrik e.MAS 7 yang kini mencatatkan jualan gabungan domestik dan eksport sebanyak 4,253 unit sejak pelancarannya pada Disember 2024.

Model e.MAS 7 kini menguasai 24% pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan. Bahagian pasaran ini dijangka terus berkembang hasil penambahbaikan spesifikasi dan insentif pembelian yang diumumkan baru-baru ini.

Proton Saga & S70 Kekal Model Terlaris

image is not availableimage is not available

Proton Saga (kiri) & Proton S70 (kanan)

Proton Saga kekal sebagai model terlaris dengan 5,206 unit terjual pada Jun 2025. Sementara itu, Proton S70, model sedan segmen C berasaskan Geely, terus mendahului segmennya dengan jualan mencecah 1,402 unit.

Proton X70 Catat Pertumbuhan Tertinggi

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Proton X70 facelift

Proton X70 mencatatkan pertumbuhan jualan tertinggi bulan lalu dengan 533 unit terjual pada Jun 2025. Jumlah jualan terkumpul X70 kini mencecah 4,354 unit, meningkat 46.3% berbanding tahun lalu. Peningkatan ini membuktikan sambutan baik terhadap model X70 yang telah dipertingkatkan tahun lalu.

X50 Bakal Tiba Dalam Versi Facelift

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Proton X50 RC 2024

Walaupun jualan keseluruhan menurun, Proton kekal optimis, terutamanya dengan pelancaran X50 versi facelift tidak lama lagi. Model X50 kekal sebagai model kedua terlaris selepas Saga. Jualan X50 versi pra-facelift pada Jun 2025 ialah 1,657 unit. Sepanjang separuh pertama 2025, X50 mencatatkan 11,361 unit terjual, naik 11.3% berbanding tahun lalu.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Proton X50 facelift 2025

Versi terbaharu X50 2025 yang diumumkan awal bulan ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan dari segi rekaan, teknologi, serta enjin turbo 1.5 liter empat silinder yang baharu. Tempahan kini dibuka, namun harga rasmi masih belum diumumkan. Dengan hanya tiga varian ditawarkan, harga permulaan dijangka lebih tinggi berbanding model pra-facelift yang bermula dari RM86,300 untuk varian ‘Standard’ yang kini telah dihentikan.

image is not availableimage is not available