Ini Dia Motosikal Pertama Honda Versi Elektrik WN7 – Naked Bike

WorldCars
21 Sep 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Honda memperkenalkan Honda WN7, motosikal elektrik pertama mereka ke pasaran Eropah baru-baru ini.

Motosikal ini pernah didedahkan di Milan Motorcycle Shows (EICMA) di Milan, Itali sekali gus menandakan langkah penting Honda dalam strategi elektrifikasi global.

Nama WN7 membawa maksud tersendiri, huruf “W” merujuk kepada konsep pembangunan Be the Wind, “N” untuk naked, manakala angka 7 merujuk kepada kuasa motosikal ini.

image is not available

Bercakap mengenai kuasanya, Honda mendedahkan WN7 menggunakan motor elektrik 18 kW berpenyejuk cecair yang dipasang di tengah, dengan prestasi setanding motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE) 600 cc, meskipun dengan berat keseluruhan 217 kg.

image is not available

Lebih menarik, ia mampu menghasilkan tork maksimum 100 Nm, iaitu bersamaan motosikal 1,000 cc.

WN7 dilengkapi dengan bateri lithium-ion jenis tetap yang mampu memberikan jarak tunggangan melebihi 130 kilometer dengan sekali pengecasan.

image is not availableimage is not available

Jenama motosikal Jepun itu juga menyatakan bahawa Honda WN7 menyokong pengecasan pantas CCS2, yang membolehkan pengecasan yang mana bateri dicas daripada 20 peratus ke 80 peratus dalam masa hanya 30 minit.

Dari segi reka bentuk, WN7 kelihatan hampir sama dengan model konsepnya, menampilkan gaya motosikal naked dengan elemen rekaan yang diambil daripada beberapa model enjin pembakaran Honda, termasuk Honda CB750 Hornet.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ia hadir dengan rekaan depan tajam dengan lampu utama LED berkembar dan lampu siang (DRL) LED nipis di tengah, cermin sisi gaya retro pada handlebar, rim aloi 17 inci dan brek cakera depan berkembar Nissin

Selain itu, ia juga dipasang dengan paparan meter TFT 5 inci dengan sambungan Honda RoadSync serta tetapan khas EV sekali gus membolehkan akses kepada navigasi, muzik dan notifikasi telefon pintar ketika menunggang.

image is not available

Pra-tempahan untuk Honda WN7 serba baharu sudah pun dibuka di Eropah menjelang penampilan sulungnya di EICMA 2025 pada November nanti.

Di acara itu, dijangka lebih banyak maklumat termasuk harga dan ketersediaan di luar pasaran Eropah akan diumumkan.