Polis Tahan Penunggang Motosikal Pecahkan Almari Kaca Kedai Makan Hanya Kerana Berang Laluan Dihalang [Video]

LocalPolitics
17 Sep 2025 • 6:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden pertengkaran di sebuah kedai makan.

Menerusi video tular, kelihatan seorang penunggang motosikal telah datang ke gerai berkenaan dan seolah-olah berkata sesuatu terhadap pekerja kedai makan terbabit.

Apa yang menjadi perhatian adalah penunggang motosikal kemudiannya dilihat memecahkan almari kaca kedai makan terbabit menggunakan topi keledar miliknya.

Tindakan lelaki tersebut nyata mengejutkan ramai pihak hingga berlakunya kekecohan di gerai berkenaan.

Boleh plak dia pecahkan cermin kedai ni . Habis masuk dalam makanan nk dijual .. xpuas hati kereta customer ganggu laluan keluar masuk #dengki Lokasi : kg landak , kelantan Tt : aiman nasi ayam crispy

Posted by Imran Bard on Monday 15 September 2025

Pecah Almari Makanan Kedai Makanan Kerana Tidak Puas Hati Kereta Parkir Depan Kedai

Memetik Harian Metro, lelaki berkenaan berbuat demikian akibat tidak berpuas hati apabila laluannya dihalang oleh sebuah kereta yang diparkir di hadapan kedai makan tersebut.

Inseden berlaku di sebuah kedai makan yang terletak di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang pada 15 September lalu, lelaki berusia 36 tahun itu telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada pemilik kedai tentang perkara tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, lelaki tersebut bertindak memecahkan almari makanan itu dengan menggunakan topi keledar.

Jelasnya, kejadian yang tular menerusi rakaman video sejak semalam (16 September) mendapati individu terbabit melakukan khianat terhadap sebuah kedai makan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima satu laporan berkaitan kejadian daripada seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga pemilik kedai makan jam 7.15 malam kelmarin.

“Pihak polis turut mengesan rakaman video yang dimuat naik di Facebook yang tular sejak semalam (16 September),” katanya.

Suspek Telah Ditahan Polis

Jelas Mohd Rosdi Daud, suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan suspek direman bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, video yang telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial meluahkan pendapat masing-masing apabila melihat situasi tegang terbabit.

Source: