Ini Fakta-Fakta Menarik Mengenai Thaipusam

LocalEntertainment
11 Feb 2025 • 12:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ini Fakta-Fakta Menarik Mengenai Thaipusam

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, terdiri daripada kaum majoriti Melayu, Cina dan India.

Kepelbagaian kaum dalam sebuah negara menjadi Malaysia mempunyai pelbagai peristiwa dan perayaan yang disambut setiap tahun. Salah satunya, Thaipusam yang disambut oleh penganut agama Hindu pada 11 Februari, Selasa.

Bersempena sambutan Thaipusam ini, beberapa jalan di seluruh negera akan ditutup untuk memberikan laluan perarakan penganut agama Hindu untuk meraikan perayaan ini.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan fakta-fakta menarik mengenai sambutan Thaipusam di bawah.

Fakta Menarik Thaipusam

image is not available
Sumber: TikTok @Shopee Malaysia

Tahukah anda, perkataan Thaipusam berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu “Thai” bermaksud bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil, manakala “pusam” adalah nama bintang yang paling terang.

Sesuai dengan nama, perayaan ini akan disambut ketika bintang paling terang muncul pada bulan Januari atau Februari.

Tujuan Thaipusam disambut adalah sebagai tanda hormat ke atas Dewa Murugan, iaitu anak kepada Dewa Siva, serta meraikan kemenangan kebaikan menentang kejahatan.

Menurut kepercayaan agama Hindu, Dewa Murugan telah berjaya mengalahkan makhluk jahat bernama Asura, yang mengganggu penganutnya.

image is not available
Sumber: TikTok Shopee Malaysia

Seperti yang kita sering lihat setiap tahun, semasa perarakan berlangsung, ramai penganut akan membawa bekas susu di atas kepala mereka. Bekas tersebut dipanggil sebagai “palkudam”.

Tujuan susu di dalam “palkudam” dibawa bersama adalah untuk digunakan sebagai penutup perarakan dengan mencurahkan susu ke atas patung Dewa Murugan di akhir perarakan.

image is not available
Sumber: TikTok @Shopee Malaysia

Selain itu, ada juga kaum lelaki India yang dicucuk dengan cangkuk, lembing dan jarum panjang pada badan mereka sepanjang perarakan.

Ini merupakan satu ritual pengorbanan diri dalam mengalahkan ego, kemarahan, nafsu, dan diberkati oleh Dewa Murugan. Ritual ini juga menjadi simbol kepada beban yang ditanggung oleh mereka.

@shopeemy

Meriahnya Thaipusam! Mari kita kenali lebih dekat makna istimewa di sebalik festival ini . Bersedialah untuk terhibur, teruja and mengenali fakta menarik tentang Thaipusam! #ShopeeMY #Thaipusam

♬ original sound – Shopee Malaysia – Shopee Malaysia

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok