“Dah sampai Malaysia” – Expo Kelantan Buat Pertandingan Menangis, Pemenang Dapat RM500

Entertainment
5 Feb 2025 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sebelum ini kita hanya tengok pertandingan ini diadakan di negara seberang, namun kali ini sebuah expo di Kelantan telah mengadakan sebuah pertandingan menangis yang menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok, rata-rata peserta yang memasuki pertandingan tersebut dilihat bersungguh-sungguh membuat mimik wajah sedih dan cuba mengeluarkan air mata demi mendapatkan ganjaran wang sebanyak RM500.

Difahamkan acara ini telah diadakan di Expo Kelate Pantai Irama Bachok dan ia disertai oleh orang ramai serta pelancong yang hadir ke lokasi tersebut.

Pelbagai reaksi wajah dapat dilihat orang ramai yang ingin memenangi pertandingan tersebut, di samping ada cuba menyelami perasaan sedih seiring dengan lagu sedih yang dipasang semasa pertandingan itu berlangsung.

“Kalau aku masuk ni mesti tergelak ni”

Video tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang geli hati melihat reaksi peserta, malah ada yang kurang senang dengan pertandingan ini kerana dikatakan meniru budaya negara jiran yang tidak berfaedah.

image is not available

Apa-apapun kalau min ada dekat situ, gerenti min tergelak sebab tak bolehlah nak serius benda-benda macam ni.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.