“Ini Hanya Meme” – Acara ‘6 7’ Anjuran Leona Di Dataran Merdeka Curi Perhatian Ramai [Video]

8 Jul 2026 • 3:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) menunjukkan sekelompok anak muda termasuk influencer, Kasih Iris Leona sedang berkumpul di Dataran Merdeka untuk acara yang dipanggil sebagai ‘6 7’.

Menurut Leona yang juga anak pelakon Azhar Sulaiman, ‘6 7’ hanyalah sejenis meme yang digunakan orang ramai seluruh dunia, dan acara yang dianjurkan olehnya itu bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan komuniti di Malaysia.

Acara Six Seven Diinspirasi Penduduk Di New York, Amerika Syarikat – Leona

Menurut satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Leona berkata penganjuran acara itu diinspirasi penduduk New York, Amerika Syarikat (AS) yang turut melakukan perkara sama di bandar berkenaan.

“Sejujurnya bagi saya, acara ini hanya membawa komuniti untuk berkumpul. Semua benda dalam dunia ni sesuai untuk sesetengah orang sahaja, kalau tak suka mungkin benda ni bukan untuk awak,” katanya dalam satu temu bual bersama media.

View this post on Instagram

A post shared by WeirdKaya (@weirdkaya)

Acara 6 7 Berlangsung Pada 6 Julai, Jam 6.07 Petang

Menerusi video tular, kelihatan orang ramai yang berkumpul di sana terdiri dari golongan anak muda dan kanak-kanak.

Malah mereka juga dilihat membuat countdown (pengiraan detik) sebelum melakukan gaya signature 6 7 iaitu melakukan isyarat tangan kiri dan kanan dari atas ke bawah berselang-seli sambil menjerit frasa berkenaan.

Difahamkan, acara kecil-kecilan itu berjalan jam 6.07 petang pada 6 Julai lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Penceramah Tegur Anak Muda Kerap Guna Perkataan ‘Doh, Anjay’ & Yang Bawa Maksud Tak Baik [Video]

Nak Join Vibe 6 7 – Peserta Acara

Segelintir individu yang turut serta dalam acara berkenaan berkata mereka hanya mahu merasai vibe ‘6 7’ selain mahu mengisi masa lapang.

Malah ada yang berkata, mereka sama-sama turun padang untuk berjumpa dengan pempengaruh berkenaan.

Walaupun Brainrot Tapi Acara 6 7 Satukan Komuniti Di Malaysia – Netizen

Perkongsian tersebut dilihat mendapat perhatian ramai pengguna media sosial. Menjengah ke ruangan komen di akaun IG Leona, rata-rata netizen dilihat terhibur selain berkata acara itu berjaya menarik perhatian orang ramai daripada terlalu sibuk dengan urusan dunia.

“Kalau difikirkan balik, walaupun ia brainrot, acara tu masih mengumpulkan orang ramai bersama. Untuk beberapa momen, orang henti buat rutin mereka, gelak dengan stranger, kongsi cerita kelakar dan cipta memori.

“Dalam dunia yang orang terlampau sibuk depan skrin, ada sesuatu yang bagus apabila sekumpulan individu datang untuk sesuatu yang pelik dan seronok,” kata seorang wanita.

View on Threads

Netizen Persoal Selain Tak Tahu Maksud Sebenar Six Seven

Bagaimanapun, ramai juga mempersoalkan tentang faedah atau manfaat acara 6 7 ini dianjurkan.

Sementara itu, sampai sekarang, masih ramai tidak tahu maksud sebenar six seven.

“Macam ni pun korang terhibur ya. Dari hari tu tak dapat jawapan,” kata seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Ini Hanya Meme” – Acara ‘6 7’ Anjuran Leona Di Dataran Merdeka Curi Perhatian Ramai [Video]
Image from: “Ini Hanya Meme” – Acara ‘6 7’ Anjuran Leona Di Dataran Merdeka Curi Perhatian Ramai [Video]
Image from: “Ini Hanya Meme” – Acara ‘6 7’ Anjuran Leona Di Dataran Merdeka Curi Perhatian Ramai [Video]
Image from: “Ini Hanya Meme” – Acara ‘6 7’ Anjuran Leona Di Dataran Merdeka Curi Perhatian Ramai [Video]
Sumber: Threads

Fahmi Fadzil Juga Pernah Demo Isyarat 6 7

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu sidang Parlimen di Dewan Rakyat sebelum ini juga pernah menjelaskan bahawa penggunaan slang 6 7 ini sangat lazim dalam kalangan anak muda terutamanya Gen Z dan Gen Alpha.

Malah beliau turut mendemonstrasi cara untuk melakukannya.

Rapper AS Guna Frasa 6 7 Dalam Lirik Lagu

Penggunaan frasa ‘6 7’ dilihat meluas dalam pelbagai jenis konteks. Ada yang menyebutnya untuk menyindir orang lain.

Memetik Urban Dictionary, ramai anak muda dan remaja yang berpendapat mereka melakukannya secara suka-suka tanpa sebarang maksud tertentu.

Meskipun tiada penjelasan tepat namun, terdapat beberapa teori dari mana wujudnya isyarat six seven itu antaranya dari rapper Skrilla yang menyebut perkataan tersebut dalam lirik lagunya yang bertajuk Doot Doot (67).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved