Ini Jadual Penuh Sambutan Tahun Baru 2024 Di Kuching Waterfront

28 Dec 2023 • 12:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Get ready untuk ikut serta countdown 2024 di Waterfront Kuching!

Ini Jadual Penuh Sambutan Tahun Baru 2024 Di Kuching Waterfront. Sambutan tahun baru 2024 di Kuching Waterfront akan menampilkan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik untuk pengunjung.

Antara acara yang disediakan ialah konsert artis tempatan, bazar kraf dan makanan, pertunjukan bunga api, dan banyak lagi. Berikut adalah jadual penuh sambutan tahun baru 2024 di Kuching Waterfront:

image is not available

Yang pastinya, persembahan bunga api muzikal juga ada

AKTIVITI (SIANG)PUKUL
Senamrobik – Senam kenyalang08:00 am
Fiesta Karaoke Rakyat10:00 am
Pertandingan, Demonstrasi & Pameran Seni Visual – Arca (Godown Amphitheathre)10:00 am
Pertanding Mural & Mewarna Kanak-Kanak10:00 am –
03:30 pm
Bergendang & Bermukun02:00 pm
Persembahan Tradisional Kelas Bimbingan Seni03:00 pm
Busking-Mini Gig (Godown Amphitheatre)04:00 pm
Persembahan Yayasan Perpaduan/ Potres04:15 pm
Persembahan Sons Junior05:00 pm

AKTIVITI (MALAM)PUKUL
Segmen 1: Pra Persembahan
Persembahan Artis Tempatan & Popular
Datuk Amy Search & Dato’ Zainal Abidin
08:30 pm
Segmen 2: Segmen Rasmi
Perasmian Tiang Bendera
10:00 pm
Segmen Pasca Countdown
Persembahan Artis Popular
Hael Husaini, De Fam & Floor 88
12:05 am

image is not available

Sambutan ini bakal diadakan pada Ahad ini, 31 Disember 2023 bertapak di Kuching Waterfront (Godown Amphitheathre). Acara ini diadakan sebagai penutup tirai bagi tahun 2023 bagi semua penduduk di bandaraya yang menyambut kedatangan tahun baharu.

Pastinya, persembahan bunga api muzikal nanti adalah satu persembahan yang tidak boleh dilepaskan jadi hadirlah ke Tebingan Kuching dengan lebih awal pada 31 Disember nanti ya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

https://www.iloveborneo.my/senarai-acara-menarik-kuching-sarawak-disember/

https://www.iloveborneo.my/penggemar-aktiviti-lasak-paintball-di-mambong/