Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

15 Jun 2023 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kesemua nafkah tersebut harus dibayar melalui akaun plaintif dan untuk nafkah bulanan harus dimasukkan sebelum atau pada 3 haribulan setiap bulan bermula Julai ini. - Gambar oleh Helmi Anuar

Semalam secara rasminya pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah bercerai sebagai pasangan suami isteri.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 38, telah melafazkan cerai dengan talak satu di hadapan hakim Syarie Akmaluddin Ilyas di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira jam 12.23 tengah hari. 

Semasa prosiding, hakim syarie Akmaluddin berkata, atas persetujuan kedua belah pihak, mahkamah merekodkan defendan (Syamsul) membayar nafkah bulanan sebanyak RM6,000 kepada dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

image is not available
Syamsul Yusof - Gambar oleh Azim Rahman

Mahkamah juga merekodkan defendan membayar nafkah tahunan kepada dua anak mereka antaranya insurans (RM3500 setiap seorang), percutian (RM5000 setiap seorang) dan elaun perayaan (RM2000 setiap seorang).

Selain itu, mahkamah juga merekodkan defendan membayar nafkah idah sebanyak RM15,000 kepada plaintif (Puteri Sarah Liyana) dalam tempoh idah. 

Kesemua nafkah tersebut harus dibayar melalui akaun plaintif dan untuk nafkah bulanan harus dimasukkan sebelum atau pada 3 haribulan setiap bulan bermula Julai ini. 

image is not available
Syamsul (kanan) dan Puteri Sarah selepas selesai bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. - Gambar Bernama

Syamsul sewaktu ditemui di luar mahkamah berkata, dia dan bekas isteri sudah bersepakat bahawa dia akan  menanggung segala keperluan dan pembelanjaan anak-anak mereka. 

Puteri Sarah juga mahu Syamsul berada di setiap sambutan majlis yang melibatkan anak-anak mereka seperti hari lahir, hari sukan dan majlis graduasi. – Getaran, 15 Jun 2023