Ini Lima Negara Dah Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Dunia 2026

FootballSports
24 Jun 2026 • 11:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ini Lima Negara Dah Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Dunia 2026

Ini Lima Negara Dah Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Dunia 2026

Piala dunia kini memasuki hari ke-14 dan kehangatannya kian terasa apabila ada beberapa pasukan telah menunjukkan taring dan berjaya ke peringkat seterusnya.

Tentunya ramai yang bersengkang mata pada awal pagi untuk menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing.

Image from: Ini Lima Negara Dah Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Dunia 2026
Kredit: AFP

Pun begitu, beberapa negara telah tersingkir dari kejohanan itu selepas dua pusingan pertama perlawanan peringkat kumpulan.

Senarai negara yang telah tersingkir:

  1. Haiti

  2. Turkiye

  • Tunisia

  • Jordan

  • Panama

  • Dari Kumpulan C, kemaraan Haiti dalam Piala Dunia pertama mereka sejak 1974 telah pun berakhir selepas tewas kepada Scotland dan Brazil.

    Selain itu, Turkiye pula menjadi negara Eropah pertama yang disahkan tersingkir selepas mengalami kekalahan berturut-turut kepada Australia dan Paraguay.

    Image from: Ini Lima Negara Dah Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Dunia 2026
    Kredit: AFP

    Manakala, Tunisia menjadi satu-satunya wakil Afrika yang setakat ini sudah pasti tersingkir di peringkat kumpulan.

    Mereka mengalami kekalahan besar dengan jurang empat gol ketika menentang Sweden dan Jepun.

    Jordan, yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini, menjadi satu-satunya wakil Asia yang sudah disahkan secara matematik tidak akan mara melepasi peringkat kumpulan.

    Dalam Kumpulan L yang turut menempatkan England, Panama turut disahkan tersingkir awal selepas tewas 1-0 kepada Ghana dan Croatia.

    Perubahan format dalam Piala Dunia kali ini menyaksikan rekod pertemuan antara pasukan digunakan sebagai pemisah utama bagi negara yang terikat mata, menggantikan perbezaan jaringan.

    Baca juga:

    Sementara itu, Mexico, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Norway, Argentina dan Colombia telah mengesahkan tempat mereka ke pusingan kalah mati selepas memenangi kedua-dua perlawanan pembukaan.

    Untuk pengetahuan, daripada 48 negara yang bertanding, 16 pasukan akan tersingkir sebaik sahaja saingan peringkat kumpulan berakhir pada awal pagi Ahad.

    Semua pasukan yang menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan masing-masing akan tersingkir selepas peringkat kumpulan berakhir, selain empat pasukan di tempat ketiga dengan rekod terburuk dalam peringkat kumpulan.

    View Original Article
    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved