“Ini mindset paling b*ngang” – Johan Ghazali Tempelak Individu Dakwa Sibuk Cari Duit Berbanding ‘Exercise’

Health & Fitness
19 May 2026 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

johan ghazali orang gemuk

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo menempelak segelintir individu yang lebih mementingkan kekayaan dan tidak mempedulikan tahap kesihatan diri.

Sebelum ini, bintang muda ONE Championship itu berkongsi pandangan mengenai individu berbadan besar atau obesiti yang sedar diri tidak sihat tetapi enggan berusaha mengubah kehidupan mereka.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dan seorang individu membidas pendapat Johan itu.

Individu itu mendakwa ramai orang terlalu sibuk mencari duit sehingga tidak sempat bersenam atau menjaga badan seperti ahli sukan.

Screenshot 2026 05 19 130545

“Mindset paling bangang”

Susulan itu, Johan dalam satu hantaran di Threads menegaskan bahawa kekayaan harta tidak memberi makna sekiranya seseorang tidak menjaga kesihatan, sekali gus menyifatkan gaya hidup sedemikian sebagai tidak berbaloi untuk dibanggakan.

“Aku tak tahu dia ni main-main ke serius tapi kalau betul dia serius inilah mindset paling bangang aku pernah tengok. Duit banyak macam mana pun takkan ada guna kalau kau tak sihat, kau nak duduk dalam kereta lambo pun tak muat,” katanya.

Tambahnya lagi, tidak wajar seseorang itu menjadikan alasan kesibukan berkerja sehingga tiada masa untuk bersenam sedangkan tabiat pemakanan masih tidak dikawal.

Screenshot 2026 05 19 130424

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.