
Ini Modal & Anggaran Keuntungan Buka Vending Machine Hot Wheels
Dunia perniagaan kini menjadi lubuk untuk orang ramai dalam mencari sumber rezeki bagi menampung keperluan diri dan keluarga.
Lebih-lebih lagi, perniagaan ini boleh dijalankan dengan pelbagai cara sama ada secara fizikal, atas talian (online), ataupun konsep layan diri.
Bila sebut pasal perniagaan layan diri, semakin ramai yang berminat nak cuba kerana ia tak perlukan tenaga atau masa yang banyak.
Contoh paling mudah, mesin vending, atau orang selalu panggil mesin “gedegang”.
Perniagaan ini menjadi salah satu pilihan peniaga disebabkan konsepnya yang mudah malah pemilik tidak perlu membazir masa dan tenaga.
Lebih-lebih lagi pemilik vending machine ini boleh menjual pelbagai produk mengikut pemintaan pelanggan. Salah satunya permainan kereta popular Hot Wheels.
Jadi, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai modal yang diperlukan untuk mereka membuka perniagaan ini dan kos penyelenggaraanya.
Berapa Kos Nak Buka Vending Machine Hot Wheels?
Tanpa membuang masa, SK kongsikan kos pengiraan perniagaan Vending Machine Hot Wheels menerusi perkongsian pengguna TikTok @Zarif Azrie, di ruangan bawah.
Modal Pembukaan
Seperti yang diketahui, setiap perniagaan memerlukan modal untuk menggerakkan langkah pertama perniagaan itu.
Menurut Zafri, kos awal yang diperlukan bisnes ini adalah sekitar RM14,448. Kos ini termasuk mesin vending, sistem pembayaran, stok awal mainan.
Kos Bulanan
Bagi kos tanggungan bagi permulaan bulanan adalah RM380.
Harga sewa tapak mesin bergantung kepada lokasi tempat letak mesin dengan anggaran RM300. Manakala untuk kos pembayaran sistem RM30 setahun dan penyelenggaraan RM50.
Potensi Jualan Bulanan
Sekiranya mesin ini diletakkan di lokasi strategik, anggaran jualan boleh RM6,750 sebulan (45 mainan) dengan harga jualan RM15 (setiap satu).
Ini bermakna untung kasar adalah RM2,376 dan selepas tolak kos bulanan, untung bersih bulanan sebanyak RM1,996.
Berapa lama masa diambil untuk pulang modal?
Masa yang diambil untuk Return Of Investment (ROI) atau balik modal bagi bisnes ini dianggarkan selama tujuh bulan.
@zarifkira Bisnes vending machine hotwheels, berapa kos kene ready? Kredit CarIzstorm
Sumber: TikTok @Zarifdahkira
The post Ini Modal & Anggaran Keuntungan Buka Vending Machine Hot Wheels appeared first on Siakap Keli.



