“Ini Momen Rare” – Guru Kongsi Kebaikan ‘YB Duyong’, Sanggup Datang Sekolah Beri Semangat Kepada Pelajar Yang Kalah Perlawanan

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 4:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa yang tidak kenal dengan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem?

Ketegasan serta kepimpinan Mohd Noor Helmy atau turut dikenali sebagai YB Duyong yang sentiasa mengutamakan rakyat sering mendapat perhatian ramai.

Guru Kongsi Sikap YB Duyong, Beri Semangat Pada Awal Perlawanan

Semalam (28 Oktober), seorang guru berkongsi keperibadian dan kepimpinan unik Mohd Noor Helmy yang baginya lain dari yang lain.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @izzatbinroslan, guru yang dikenali sebagai Izzat itu mendedahkan momen indah yang berlaku ketika perlawanan akhir Majlis Sukan-Sukan (MSS) Melaka pada 14 Ogos 2025.

Kongsi Izzat yang merupakan cikgu Pendidikan Khas, dia ada menghubungi Mohd Noor Helmy satu jam sebelum perlawanan bermula untuk mendapatkan kata-kata semangat dan doa daripada beliau.

“Betapa ‘lain’nya YB DUN aku ni. Tarikhnya 14 Ogos, Final Cup MSS Melaka 2025. Satu jam sebelum final, aku call YB aku.

“Aku: YB, lagi sejam match final start, doakan kami. ‘YB: insya-Allah Cikgu, saya sentiasa doakan, buat yang terbaik,” tulisnya.

Pasukan Dibawa Guru Gagal Capai Kemenangan, Ada Pelajar Yang Menangis Kerana Kecewa

Namun kongsi Izzat, pasukan sekolahnya gagal mencapai kemenangan sehingga ada pelajar yang menangis kekecewaan.

“Selepas ‘heartbreak’ di final, pasukan kami kalah. Pemain menangis bagai tiada hari esok. Yang mana tahu, tahulah bagaimana perasaan pemain yang tewas final,” kongsinya.

YB Helmy Telefon Tanya Keadaan Murid, Terus Tunggu Di Sekolah Lepas Tahu Ada Yang Menangis Kecewa

Tambah Izzat lagi, YB Helmy terus menghubunginya bertanyakan keadaan pelajar yang berusia di bawah 12 tahun itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah beliau terus membuat keputusan untuk menunggu di sekolah sebaik diberitahu ada pelajar yang menangis dek kerana kecewa dengan kekalahan tersebut.

Lebih mengagumkan, Mohd Noor Helmy terus menyambut kesemua pelajar berkenaan dan menenangkan mereka.

Malah difahamkan, beliau siap meminta Izzat untuk membawa kesemua pelajar itu makan di restoran berhampiran kerana tidak mahu mereka pulang dalam keadaan kecewa.

“Sampainya di sekolah, sosok YB dah tunggu di sekolah. YB sambut budak-budak ni dan menenangkan mereka.

“Bagi saya itu moment rare. Sambutan ketika menang itu special tapi sambut ketika kalah itu lebih special. Itulah YB saya.

“Dekat situ awak nilai la sendiri siapa sebenarnya YB ini. Habis selesai semua dah bertenang, YB minta saya bawa anak-anak ini rilkes-rileks, makan di kedai berhampiran.

“YB tak nak mereka pulang ke rumah dalam keadaan kecewa sangat,” tulisnya.

Guru Dedah YB Sentiasa Beri Sokongan, Pernah Turun Semasa Latihan

Kongsi Izzat lagi, Mohd Noor Helmy sering memberi sokongan kepada pasukannya dengan memberi sumbangan.

Bukan itu sahaja, beliau juga sering datang melihat latihan yang dilakukan oleh pelajar berkenaan dan memberi kata-kata semangat.

“Untuk perkongsian, YB telah support pasukan saya berkali-kali antaranya memberi sumbangan untuk kami sertai tournament di Sandakan dan juga Langkawi.

“Selain itu, YB juga turun sewaktu kami berlatih untuk memberi kata-kata semangat kepada murid-murid, waktu YB turun, kita tunjuklah dril yang padu sikit,” kongsinya lagi.

Tambahnya lagi, setiap kali dia pergi ke mana-mana, pasti ada individu yang akan bertanyakan tentang ADUN Helmi sehingga ada yang mengajak beliau untuk turun sekali.

“Korang sendiri kenallah. Sampai aku pergi tournament merata, semua suruh kirim salam YB. Ada yang siap suruh ajak YB ikut sekali.

“Last but not least untuk YB, good luck dan all the best my YB untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,” tulisnya.

View on Threads

Warganet Puji & Kagum Dengan Kebaikan YB Mohd Noor Helmy

Perkongsian yang telah mendapat lebih 100,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dan meluahkan rasa kagum dengan keperibadian Mohd Noor Helmy yang dilihat sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Malah, ada yang mendoakan kemenangannya dalam PRN akan datang dek kerana sikapnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN di kawasan Duyong.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Padu YB! Dia Tahu Time Kalah Lagi Memerlukan Sokongan Moral. Kalah Sekali Bukan Bermakna Kalah Untuk Selamanya, Terus Bangkit Anak-Anak”

Image from: “Ini Momen Rare” – Guru Kongsi Kebaikan ‘YB Duyong’, Sanggup Datang Sekolah Beri Semangat Kepada Pelajar Yang Kalah Perlawanan

“Alhamdulillah, Rezeki Dapat YB Helmy, Rindu La Kampung Saya”

Image from: “Ini Momen Rare” – Guru Kongsi Kebaikan ‘YB Duyong’, Sanggup Datang Sekolah Beri Semangat Kepada Pelajar Yang Kalah Perlawanan

“Orang Duyong, Kalau Korang Nak BN Kalah Pun, YB Ni Korang Jangan La Tukar. Dia Buat Kerja Baik”

Image from: “Ini Momen Rare” – Guru Kongsi Kebaikan ‘YB Duyong’, Sanggup Datang Sekolah Beri Semangat Kepada Pelajar Yang Kalah Perlawanan

“YB Tak Payah Kempen, Rakyat Yang Kempenkan Untuk YB. Terbaik! Untuk Adik-Adik, Usaha Lagi Buat Yang Terbaik”

Image from: “Ini Momen Rare” – Guru Kongsi Kebaikan ‘YB Duyong’, Sanggup Datang Sekolah Beri Semangat Kepada Pelajar Yang Kalah Perlawanan

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jalur Gemilang Berkibar Terbalik Di Melaka, YB Duyong Tampil Dedah Puncanya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: PRN Melaka: Senarai Calon BN & PH Setakat Ini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved