Sekolah lapan murid bakal ditutup

28 Oct 2026 • 5:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah lapan murid bakal ditutup

LONDON – Sebuah sekolah digelar terkecil di Britain bakal ditutup selepas bilangan muridnya mencecah cuma lapan orang, lapor akhbar The Sun UK. 

Sekolah Rendah Bilsdale Midcable Chopgate Church of England yang terletak berhampiran Stokesley, North Yorkshire itu mula beroperasi sejak 1909. Ia boleh menempatkan seramai 48 orang pelajar. 

Sekolah berkenaan terpaksa menghentikan operasinya tidak lama lagi susulan penurunan bilangan murid serta tekanan kewangan yang semakin meningkat. 

Institusi tersebut kini mempunyai lapan murid dan dijangka kehilangan empat orang menjelang September 2027 apabila mereka menamatkan pembelajaran di Tahun 6.

Pihak pengurusan menyatakan bahawa ia adalah ‘mustahil’ untuk memastikan sekolah itu terus beroperasi dengan jumlah murid sedia ada.

Meskipun sekolah tersebut dapat menampung seramai 48 orang, namun ia menghadapi kesukaran untuk menarik kemasukan murid baharu.

Kampung Chop Gate yang terletak di taman negara North York Moors itu menempatkan sekitar 150 penduduk. – AGENSI

 

The post Sekolah lapan murid bakal ditutup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved