Ini Mungkin Rekaan Sebenar iPhone SE 4

TechnologyDigital
17 Jan 2025 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas tiga tahun menanti, tahun ini mungkin tahun iPhone SE baharu akan dilancarkan. iPhone SE 4 dikatakan akan menggunakan cip A18, menyokong Apple Intelligence, menggunakan modem rekaan Apple sendiri dan mungkin dijual pada harga lebih mahal. Terbaru, unit dami yang didakwa adalah untuk peranti ini tertiris.

image is not available

Berdasarkan imej unit dami ini, iPhone SE 4 dilihat menggunakan rekaan segi empat dengan sisi rata berbanding menggunakan rekaan melengkung dengan bucu bulat seakan iPhone 11. Jika laporan sebelum ini menyatakan rekaan adalah mirip iPhone 14, dami ini ada miripnya tetapi dengan satu kamera.

image is not available

Kedudukan butang laras suara dan suis notifikasi serta slot kad SIM masih sama di sebelah kanan. iPhone SE 4 nampaknya mungkin tidak menyertakan Action Button dan ini bermakna Camera Control pun mungkin tiada. Bahagian hadapan tidak begitu jelas, tetapi boleh lihat yang besar kemungkinan ia menggunakan takuk untuk Face ID. Satu naik taraf berbanding penggunaan Touch ID sejak tahun 2016.

image is not available

iPhone SE baharu ini turut dikatakan akan menggunakan USB-C kerana aneh jika Apple ingin mengekalkan penggunaan Lightning dengan jualan iPhone menggunakan port ini telah pun dihentikan. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai iPhone SE 4 yang dijangka akan dilancarkan pada bulan April akan datang.