Ini Mungkin Rekaan Telefon HMD Bertemakan Barbie

TechnologyDigital
9 Aug 2024 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HMD dalam persediaan hadir dengan telefon pintar baharu bertemakan Barbie. Telefon tersebut adalah hasil kerjasama HMD dan Mattel yang merupakan sebuah syarikat pembuatan permainan kanak-kanak termasuk anak patung Barbie. Menjelang pelancaran rasmi telefon tersebut dilaporkan telah ditemui tersenarai di TEENA yang juga mendedahkan rekabentuk.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini rona merah jambu yang cukup sinonim dengan karakter patung itu akan digunakan pada telefon ini. Cuma tidaklah sepenuhnya tetapi apa yang kelihatan terdapatnya lapisan seakan logam yang dihiasi oleh penjenamaan HMD dan Barbie disertakan bersama. Lapisan tersebut turut memuatkan satu kamera sebesar 0.3MP dan LED Flash.

Selain itu telefon juga menawarkan panel belakang yang boleh ditanggalkan dengan terdapatnya dua slot kad SIM, satu ruangan kad mikroSD dan bateri dipercayai sebesar 1450mAh di dalamnya. HMD turut dijangka melengkapkan lagi telefon ini dengan skrin utama 2.8″ dan sekunder sebesar 1.77″. Kemudiannya telefon turut dijangka hanya menawarkan sambungan 4G/LTE.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved