Ini Mungkin Spesifikasi Peranti Skrin Boleh-Lipat Vivo X Flip

TechnologyDigital
8 Mar 2023 • 6:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pembangunan peranti skrin boleh lipat kini semakin menjadi perhatian yang meluas dalam kalangan pengeluar. Ini termasuklah bagi jenama Vivo sendiri yang juga tidak ketinggalan hadir dengan peranti berkonsep sedemikian. Lantas dalam perancangan memperluaskannya dengan skrin boleh lipat jenis clamshell pula.

image is not available

Biarpun belum ada kepastian, peranti mungkin dikenali sebagai Vivo X Flip. Rekaannya juga telah tertiris menerusi laporan terdahulu yang kelihatan seperti gabungan sebuah Oppo Find N2 Flip dan Vivo X Fold. Ia didakwa menawarkan skrin menyeluruh sebesar 6.8-inci apabila dibuka. Ini dipadankan pula dengan skrin berlubang di tengah yang turut menyokong kadar segar semula 120Hz.

Selanjutnya ia juga dijangka menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan padanan memori 12GB RAM. Turut disertakan adalah dwi-kamera utama dengan sensor 50MP Sony IMX866 + 12MP Sony IMX663. Sistem imbasan jari fizikal di sisi turut diberikan pada peranti bagi tujuan sekuriti. Tiada tarikh pelancaran rasmi diketahui buat masa ini.