Ini Penjelasan Peguam Anna Jobling, Jawab Semua Tuduhan Satu Persatu

LocalEntertainment
12 Aug 2025 • 9:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anna Jobling

Isu antara pelakon Anna Jobling dan ibunya semakin menjadi perhatian umum selepas beberapa dakwaan mula tersebar di media sosial.

Terbaharu, peguam yang mewakili Anna tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai situasi sebenar, termasuk prosedur undang-undang yang terlibat.

Peguam Anna bersuara

image is not available

Menurut peguam tersebut, proses untuk mendapatkan injunksi prohibitori dan Interim Protection Order (IPO) bukanlah mudah.

Mahkamah mesti berpuas hati berdasarkan bukti yang dikemukakan bahawa pemohon terdedah kepada ancaman sebenar, bahaya, dan keselamatan pemohon mungkin terjejas.

Penjelasan tentang dakwaan kunci kereta

image is not available

Mengulas dakwaan bahawa ibu Anna ‘dikunci dalam kereta’, peguam itu menjelaskan bahawa kereta sebenarnya boleh dibuka dari dalam.

Kereta tidak dikunci tetapi orang yang berada di dalam tidak mahu keluar.

Beliau turut menafikan tuduhan bahawa seseorang telah dikeluarkan secara paksa dari kenderaan tersebut.

She was neither touched nor removed from the car as alleged. Only Anna’s access card was taken from the car.

Gambar Anna bersama pasukan peguamnya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur turut dimuat naik disertakan mesej sokongan.

image is not available

Terdahulu, ibu Anna memuat naik video sedang menangis mendakwa telah dibuang anak sendiri. Ibunya berkata, Anna berubah sejak menjadi popular dan melayaninya seperti anjing kurap.

Pssttt! Bila melibatkan kes mahkamah dan emosi keluarga, memang banyak cerita akan berlegar. Dalam kes ini, penjelasan daripada peguam sendiri menunjukkan ada fakta yang perlu difahami sebelum membuat kesimpulan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.