Ini Perkembangan Terbaru Wanita Dihempap Kayu Balak Dari Lori Terbalik

17 Jul 2024 • 11:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kayu balak

Selepas kira-kira lima hari ditidurkan, wanita yang nyaris maut selepas dihempap timbunan balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai akhirnya sudah sedarkan diri.

Difahamkan kini, wanita bernama Siti Norelyana Kamarulzaman itu semakin baik dan berita tersebut disampaikan oleh tunangnya, Nik Amnan Arif Nik Anuwar.

image is not available

Dia juga boleh bercakap dengan baik tetapi masih memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan.

Kata Nik Amnan, tunangnya menunjukkan perkembangan positif seperti boleh bercakap tetapi pergerakan anggota badan memerlukan masa kerana perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan kemalangan berlaku disebabkan penyambung atau cakera putar lori balak patah ketika melalui selekoh.

Kemalangan menyebabkan mangsa patah bahagian tulang punggung dan rusuk. Mangsa turut mengalami kecederaan serius di bahagian hati, limpa, hempedu dan usus.

image is not available

Jap!