“Ini Pertama Kali Dia Curang” – Wanita ‘Sepuk’ Penyondol Dengan Pinggan Maafkan Suami

15 Apr 2026 • 1:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang wanita hamil yang sebelum ini tular kerana menyerang suaminya di sebuah kedai makan akhirnya tampil menjelaskan keputusannya untuk terus mempertahankan rumah tangga mereka.

Insiden tersebut mencuri perhatian ramai apabila video memaparkan wanita itu menghempuk pinggan ke arah seorang pelajar universiti serta menarik tudung wanita berkenaan selepas mendakwa suaminya berlaku curang.

Advertisement

image is not available

Terbaharu, wanita itu mengakui dia memilih untuk memberi peluang kepada suaminya walaupun berdepan kecaman netizen yang mempersoalkan tindakannya.

Menurutnya, apa yang berlaku dianggap sebagai satu kesilapan dan dia sendiri sedar tiada manusia yang sempurna.

Keputusan itu juga dibuat dengan mengambil kira masa depan anak yang sedang dikandungnya, selain mahu menjaga keutuhan keluarga.

image is not available

Dalam masa sama, dia turut menjelaskan bahawa tindakannya sebelum ini berpunca daripada emosi yang tidak terkawal selepas melihat sendiri suaminya bersama wanita lain.

Wanita itu juga merayu agar orang ramai menghentikan penyebaran maklumat peribadi serta tidak mengganggu keluarga mentuanya.

Dia berharap isu tersebut tidak terus diperbesarkan dan semua pihak dapat memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah rumah tangga secara tertutup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-13 14:26:15

"Bab*-Bab* Ini Suka Rehat" - Majikan Syarikat Antarabangsa Kritik Pekerja Malaysia Banyak Cuti, Samakan Dengan Binatang

The post “Ini Pertama Kali Dia Curang” – Wanita ‘Sepuk’ Penyondol Dengan Pinggan Maafkan Suami first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved