Ini Port Takoyaki Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba

24 Nov 2023 • 4:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini antara takoyaki best di Kuching

Ini Port Takoyaki Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Takoyaki adalah sejenis makanan snek berasal dari negara matahari terbit, Jepun. Ianya merupakan makanan ringan berbentuk berbola yang diperbuat berasaskan tepung dan dimasak dalam kuali takoyaki yang khas. Di Malaysia pula, takoyaki ini sememangnya menu yang popular untuk dijadikan snek makan petang!

1. Takoyaki Padu

image is not available
Ini Port Takoyaki Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Kredit: Facebook Siti Amieyra

Terletak di Jalan cahaya Makmur 4E, berdekatan dengan Mydin Bandar Baru Samariang, anda perlu cuba takoyaki di sini. Memang padu! Takoyaki padu ini beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad dan waktu operasinya akan buka pada jam 11 pagi dan tutup pada jam 7:30 petang, menurut laman web yummyadvisor.

2. Takoyaki Miak Sarawak

image is not available
Ini Port Takoyaki Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Kredit gambar: Facebook Takoyaki Miak Sarawak

Mengidam makan takoyaki? Jangan risau, Takoyaki Miak Sarawak atau lebih dikenali sebagai Takoyakims Samarahan Kuching boleh anda cuba. Terletak di Jalan Haji Taha, bersebelahan AmBank flyover Satok.

Maklumat penting

Lokasi: Jalan Haji Taha, Kuching, Malaysia

Nombor telefon: +60 19-484 9488

3. Takonut

image is not available
Ini Port Takoyaki Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Kredit gambar: Facebook Takonut

Takoyaki di sini juga anda perlu cuba kerana ianya dijamin sedap! Lokasi Tokunut adalah di Metro City Mall dan juga Emart Sejingkat dan masa operasi mereka adalah dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Tunggu apa lagi jomlah serbu!

Maklumat penting

Lokasi: GS 10, GF, METROMALL, Metrocity SECTION 65 KTLD, Q309, Taman Fah Tah, 93050 Kuching, Sarawak

4. Ta-Ko-Boi

image is not available
Ini Port Takoyaki Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Kredit gambar: Facebook @TaKoBoiKCH

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Ta-Ko-Boi ni kan? Takoyaki di sini memang sedap dan ramai yang setuju dengan kesedapannya. Lokasi Ta-Ko-Boi adalah di Open Air Market dan mereka beroperasi dari jam 1.30 petang hingga 8.30 malam.

Note

Lokasi: Hawker Centre Stall, Open Air Market, 2, Jalan Market, 93000 Kuching, Sarawak

Nombor telefon: 019-861 8869

Takoyaki di Kuching menawarkan pengalaman kulineri yang unik, memadukan kekayaan rasa tradisional Jepun dengan sentuhan lokal. Tersedia di berbagai restoran dan pasar malam, takoyaki di Kuching menjadi pilihan yang menarik bagi pencinta kulineri yang ingin mencuba variasi makanan Jepun di bandar Kuching ini.

Lagi di sini port makan dan minum yang menarik di Kuching:

https://www.iloveborneo.my/ada-banyak-snek-ramen-minuman-menarik-anda-perlu-singgah-ke-h-mart-24-di-kuching-ini/

https://www.iloveborneo.my/hidang-makanan-laut-fresh-dan-lazat-babaganoush-ini-jadi-port-makan-best-di-kuching/