“Ini POV Kisah Curang Ibu Saya Sendiri” – Lagu Baharu Shila Amzah Buat Ramai Tersentuh

EntertainmentLifestyle
30 Jun 2025 • 3:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi berkaliber, Shila Amzah baru-baru ini ada melancarkan lagu baharu berjudul ‘Pernah Punya Aku’ dan turut berkongsi idea di sebalik penulisan karya terbaharu itu.

Ujar Shila menerusi beberapa hantaran di Instagram menjelaskan bahawa lagu yang ditulis sepenuhnya itu adalah kisah kecurangan yang dialami ibunya sendiri iaitu Fauziah Sarman.

Inspirasi kisah benar POV mak saya sendiri. Kisah-kisah kecurangan. Kisah inspirasi ibu bapa saya.

Difahamkan, lagu tersebut mengisahkan seorang waniyta yang memilih untuk berpisah selepas mengetahui kisah kecurangan suaminya.

Terdahulu, bapa Shila, penyanyi ND Lala dilaporkan berkahwin dua dengan seorang wanita yang juga rakan baik Shila sendiri.

Ia menjadi bualan ramai apabila pernikahan itu dilakukan secara rahsia dan tidak dapat diterima Fauziah.

Setelah 34 tahun mendirikan rumah tangga, Fauziah dan ND Lala berpisah apabila penyanyi itu melafazkan cerai melalui WhatsApp pada Ogos 2023 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

"Ini Pes Penyondol Tu Ke, Saya Taknak Beli Nanti.." - Datuk Nora Berhenti Buat 'Live' Berniaga Gara-Gara Isu Peribadi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved