
Berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts terus menjadi bualan hangat di media sosial.
Pelakon The Experts baca komen
Komen: "Balik-balik suport filem tempatan kalau tak support dituduh makan daging sendiri."
Mimi Lana:
"Haritu saya ada baca komen pasal Syafiq Yusof ada komen pasal isu filem Sheriff tak laku kat luar, kalau korang nak tahu di Indonesia mereka lebih support filem lokal mereka daripada filem yang datang dari luar.
Berita Trending: Mimi Lana Ambil Masa Setahun Persiapkan Diri Untuk Filem ‘The Experts’ - “Saya Ada Pergi Kelas ‘Drift’ Sebelum Mula Penggambaran”
"Sebab itu sebagai orang Malaysia saya sangat berbangga dengan peningkatan filem tempatan sebab filem kita dah makin upgrade sepatutnya kita support. Macam mana orang Indonesia boleh buat, macam itu lah orang Malaysia patut buat.
"Kalau anda semua support filem tempatan, kita akan dapat collection yang banyak jadi kita boleh buat filem yang lebih berkualiti. Jadi sokong lah filem tempatan.
Komen: Best bagi kau Zhaf, tak semestinya best untuk orang lain.
Maya Karin:
"Maksudnya awak tak suka filem ni ya, tapi tak ulaskan betul-betul apa yang tak best, cakap la lebih sikit.
Berita Trending: The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene
"Sebenarnya filem seperti ini agak susah untuk dihasilkan kerana perlu banyak research untuk buat skrip, bukannya cerita baling-baling kerusi dan buat lawak bodoh.
"Apa kata panjang tengok lagi sekali mungkin sedikit perhatian mana tahu awak suka.
Komen: The Experts tu buat skit kot aku menguap dengan dialog Aaron Aziz. Hahahah.
Datuk Aaron Aziz:
"Taktahu dialog apa yang dia menguap. Awak mesti seorang scriptwriter, hanya scriptwriter je boleh pantau apa yang disebut oleh pelakon.
Berita Trending: Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level…
Berita Trending: Dari Pontianak Hingga Ke Penari Tango, Ini Versatiliti Watak-Watak Maya Karin Di Layar Perak
Berita Trending: Raih Peratusan Tontonan Tertinggi Sepanjang Ditayangkan, The Experts Meledak Di Johor!
Berita Trending: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

