Ini Reaksi Orang Eropah Apabila Jalur Gemilang Ditunjukkan Kepada Mereka

1 Jul 2024 • 10:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Teka Nama Bendera, Ini Reaksi Orang Eropah Apabila Jalur Gemilang Ditunjukkan Kepada Mereka

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai trend yang telah diperkenalkan terhadap orang ramai di pelbagai platform media sosial khususnya di aplikasi TikTok.

Apatah lagi, platform ini menjadi saluran utama kepada pencipta kandungan dan pempengaruh dalam menyampaikan maklumat atau video kepada pengikut mereka sesuai mengikut garis masa.

Di Eropah kini berlangsungnya kejohanan bola sepak berprestij iaitu Euro 2024 di Jerman. Oleh itu, ramai pempengaruh tidak melepaskkan peluang mencipta kandungan mengenai kejohanan Euro kali ini.

Baru-baru ini, seorang pempengaruh Mark Odea menerusi akaun TikTok miliknya @markodea8 melakukan cabaran teka bendera Malaysia bersama orang awam secara rawak ketika kehangatan Euro 2024 ‘melanda’ peminat bola sepak dunia.

Videonya telah mendapat sambutan hangat di platform itu apabila pelbagai jawapan yang diberikan pengunjung selepas melihat Jalur Gemilang.

Turki, Costa Rica, Myanmar, Indonesia, Amerika Selatan, Singapura, Scotland, Macedonia, Tunisia antara jawapan yang keluar daripada mulut pengunjung.

Ketika diberikan ‘hint’ permulaan huruf nama negara ‘M’, ada juga yang menjawab Jalur Gemilang merupakan bendera Mumbai.

image is not available
Gambar: TikTok @markodea8

Dalam pada itu, sebahagian pengunjung turut mengejutkan Mark apabila tekaan mereka tepat. Salah seorang lelaki berambut perang, sempat diajukan beberapa soalan oleh Mark mengenai keunikan yang terdapat di Malaysia.

Malaysia…Of course lah, okay la. Nasi ayam, suka betul,” jawab.

Macam mana dengan gadis-gadis Malaysia? – Mark

Nice one.. Nice…nice one,” jawabnya.

image is not available
Gambar: TikTok @markodea8

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya rakyat Malaysia terhibur dengan challenge yang dilakukan oleh Mark.

Bukan itu sahaja, ada yang memuji tindakan yang dilakukan olehnya secara tidak langsung mempromosikan negara Malaysia di mata dunia.

“Hello, Saya dari Pulau Pinang, Myammar,” seloroh seorang penguna.

“Terima kasih bro, promosikan Malaysia, hormat,” komen seorang pengguna lagi.

“Terbaik bos naikkan nama Malaysia” komen seorang pengguna lain.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mencecah 1.1 juta tontonan dengan lebih 90,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna.

@markodea8

What do Europeans know about Malaysia….lets see

♬ original sound – Mark Odea (ALAMARK!) – Mark Odea (ALAMARK!)