Ini Respon Noor Nabila Apabila Netizen Asyik Mendoakan Dan Mahu Dirinya Kembali Bersama Sharnaaz

17 Oct 2023 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad ada memuat naik satu video mempromosikan jenama makanan di media sosial bersama bekas isterinya, Noor Nabila telah mendapat perhatian netizen. Dah kenapa tu?

Kalau korang tengok ruangan komen di video berkenaan, ada segelintir netizen yang mahu Sharnaaz dan Noor Nabila kembali menjadi suami isteri. Pulak dah!

image is not available

Walau bagaimanapun, Nabila dilihat meninggalkan komen di video itu dan meminta agar netizen mendoakan anak mereka saja.

image is not available

Korang doa untuk anak kita saja.. yang baik-baik. Itu dah cukup untuk kita berdua. Untuk kami, kita dua dah ada kehidupan masing-masing.

Okay peace yall, komen yang baik-baik saja okay.

Lepas jer Nabila komen begitu, ramai juga yang hormati kata-kata ibu kepada Jebat Jayden.

Bukan tu jer, netizen juga memuji hubungan Sharnaaz dan Nabila sangat baik demi anak mereka.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.