Netizen Asyik Doa Noor Nabila Kembali bersama Sharnaaz Ahmad, Ini Respons Tuan Badan

17 Oct 2023 • 9:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian video pelakon Sharnaaz Ahmad bersama bekas isterinya, Noor Nabila dan anak mereka, Jebat Jayden bagi mempromosikan jenama makanan di Instagram menarik perhatian netizen.

 

Seperti biasa, rata-rata netizen tidak sudah-sudah mahu mendoakan hubungan Sharnaaz dan Nabila kembali bersama sebagai suami isteri.

 

Bagaimanapun Nabila menerusi ruang komen di perkongsian itu memohon agar semua orang mendoakan anak mereka sahaja memandangkan dia dan Sharnaaz sudah mempunyai kehidupan berbeza.

 

“Korang doa untuk anak kita saja… yang baik-baik, tu dah cukup untuk kita berdua. Untuk kami berdua, kita dua dah ada kehidupan masing-masing.

 

“Okay peace yall, komen yang baik-baik saja okay,” kata Nabila.

 

Menerusi komen balas netizen menghormati apa yang dikatakan Nabila dan memuji mereka berdua yang menjalinkan hubungan baik demi anak.

 

Untuk info, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 namun mereka bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020.

 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

 


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved