Usahawan dan juga pempengaruh, Alif Teega memaklumkan sebab kenapa dia tidak pernah ‘tayang’ isteri keduanya, Fatin Umaidah di media sosial. Dah kenapa tu?
Menurut laporan Oh! Bulan, Alif memberitahu sekiranya dia lakukan perkara itu mungkin mendatangkan mudarat yang lebih besar sebab risau isteri pertamanya, Aisyah Hijanah terasa hati.
Ada sebab tidak memuat naik sebarang perkongsian tentang isteri kedua. Sebab saya tahu mudaratnya berbuat demikian akan lebih besar.
Banyak kemungkinan boleh terjadi kalau saya kongsikan tentang isteri kedua. Boleh jadi Aisyah pun akan terasa walaupun di luar dia nampak tenang, namun dalam hati siapa yang tahu.
Walau bagaimanapun, Alif Teega juga sentiasa ingin memastikan yang kedua-dua isterinya itu dalam sentiasa dalam keadaan harmoni.
Saya percaya semua ini memerlukan masa. Saya dan Aisyah sentiasa berbincang dan begitu juga dengan pihak isteri kedua.
Kami sentiasa mencari peluang terbaik untuk memperbaiki hubungan ini. Tentang jodoh ini semua di tangan Allah. Allah tahu semua yang terbaik.
Bukan tu jer, Alif juga berkata yang sekarang ini isteri keduanya berasa selesa agar dirinya tidak ditonjolkan kepada umum.
Adil ini bukan soal sama rata, adil pada tempat yang sepatutnya. Isteri kedua juga bersetuju untuk tidak wajahnya didedahkan atau dikongsikan.
Baguslah Alif ni! Apapun, semoga keluarga mereka hidup bahagia hingga ke akhirnya.
Kredit: Oh! Bulan


