Korang tenang ok tenang. Kalau nampak pasangan suami isteri bermanja-manja atau bersuap-suap dekat tempat awam tu, kita doa yang baik-baik ajalah ok. Rasanya, ramai jer yang doakan yang terbaik buat pasangan Alif Teega dan Aisyah Hijanah sebelum ni.
Walaupun, terpalit dengan kontroversi kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka, rata-rata mendoakan agar mereka kekal bahagia bersama. Perkongsian Alif Teega dekat TikTok ni pun menunjukkan mereka tetap kekal bahagia dan dapat menyelesaikan permasalahan dengan baik setakat ini.
Alif dan Aisyah luangkan masa di sebuah taman awam bersama dua anaknya…
Dalam video itu, Aisyah dilihat menyuapkan kuih ke mulut suaminya dan Alif pula menyuap nasi lemak ke mulut isterinya. Terukir senyuman yang bahagia di wajah mereka ketika berbual dan kemudian Alif turut menyuap makanan ke mulut anak-anaknya.
Rata-rata pengikutnya berasa kagum melihat kemesraan dan mendoakan agar hubungan ini terus kekal walaupun Alif sudah mempunyai isteri kedua.

Ops! Boleh pula phone tak bagi kerjasama di saat akhir, kah!
Kredit: TikTok


