“Ini Sebab Saya Dah Tak Tunggang Basikal, Untuk Elak Bergaduh” – Ryzal Ibrahim Beri Respon Lepas Tular Video Penunggang Basikal ‘Gaduh Mulut’ Dengan Pemandu Bas

7 Jul 2025 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim menjelaskan dia tidak lagi menunggang basikal kerana mahu mengelakkan diri daripada bergaduh dengan pengguna jalan raya yang lain seperti video yang tular pada Ahad lalu di mana penunggang basikal bergaduh dengan pemandu bas.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim turut memberitahu dia sudah memulangkan kembali basikal yang ingin dibeli kepada tuannya.

image is not available

Ini sebab saya dah tak menunggang basikal lagi, untuk elak bergaduh seperti video yang tular.

 

Saya bagi balik basikal pada tuan punya badan, tak jadi nak beli.

Berkongsi lanjut, pempengaruh itu berpendapat jalan raya di Malaysia sememangnya bukan untuk menunggang basikal, namun ia berbalik kepada sikap bertimbang rasa pengguna lain.

image is not available

Kata Ryzal, jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, mereka yang berbasikal tetap bersalah di sisi undang-undang.

Jalan raya di Malaysia bukan untuk berbasikal, bukan kata tak boleh tapi pemandu jalan raya ni bukan semua bertimbang rasa.

 

Kalau pengguna jalan raya lain terlanggar atau sengaja langgar sekalipun, penunggang basikal tetap salah.

image is not available

Sebelum ini, tular video yang memaparkan sekumpulan penunggang basikal bergaduh mulut dengan seorang pemandu bas di Jalan Bestari, Kuala Selangor.

Difahamkan, situasi tegang itu berlaku selepas penunggang basikal itu mendakwa pemandu bas itu cuba untuk menghimpit dan cuba untuk menendang salah seorang daripada mereka.

image is not available 22 hours ago

Tular Video Penunggang Basikal & Pemandu Bas 'Gaduh Mulut', Netizen Pertahankan Pemandu - "Takkan Driver Nak Bahayakan Nyawa Dia & Penumpang"